23 March 2011

Kenapa Aku Masih Solo?

Dah lama aku xmenulis..tadi buka fb tengok ada kawan share artikel ni..bila aku baca aku rasa artikel ni sangat menarik untuk orang macam aku n sape2 aje yang belum kahwin..so bacala dan hayatinya..

Artikel ni aku ambil drpada iluvislam.com

#########################################################################

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

01 March 2011

No Plastic Bags


Setiap hari sabtu merupakan hari tanpa plastik beg..
so, kalau ada perancangan nak keluar shopping pada jari sabtu..
Silala bawak beg untuk letakkan barang2 yang korang nak shoping tuhh..



Sekarang kat pasaraya2 kat malaysia kebanyakannya memang buat kempen ni..
So kita sebagai warga yang menyayangi alam sekitar..
marilah sama2 kita menyokong kempen ini..
sama2la kita melindungi bumi daripada pencemaran..


25 February 2011

2 Gemilang

Hari ini seperti biasa aku masuk ke kelas 2 gemilang..
Sebelum masuk ke kelas ni, persediaan fizikal dan mental kena kuat..

Bila aku melangkah masuk jer, ketua kelas da jerit.."Stand up class..!!"
Pastu dia jerit lagi "Good morning teacher..!!"

"Good Morning..??" jerit aku..
Pastu ada budak lain menyampuk..
"Good night laa.."

Aduyaiii..tepuk dahi aku..iyelah..aku masuk kelas tu tadi da pukul 6.00 petang..tak kanla nak ggod morning lagi..yang lagi sorang leh plak cakap good night..kamu nak tido da ke apa..sabor ajelah kan..huhu

Pastu seperti biasa, aku mengajar dan pastu suruh budak salin nota..
Pastu tiba2 budak yang cakap good night tadi panggil aku...

"Teacher..ni bahasa apa ni"..sambil tanganya menunjukkan tulisan aku di papan hitam..
"Bahasa jerman ke apa ni..??"
Bahasa Jerman ko cakap..aduhaiiii..
Aku pun ckapla.."Tu huruf R la.."
"Kenapa huruf R cikgu senget semacam"

Sabar ajela aku budak2 ni..

24 February 2011

Finally...:-)

Alhamdulillah..

Akhirnya penantian aku selama ni berakhir dengan berita gembira yang aku terima pada hari ini..
Dah lama sangat aku tunggu dengan penuh harapan..bertahun tahun lamanya..Hanya harini Allah makbulkannya..

Aku gembira sangat-sangat harini..

Harini aku dapat SURAT PENGESAHAN JAWATAN..!!

Hehehehe..mesti korang pikir lain kan..da lama tau aku tunggu nak dapat surat pengesahan jawatan ni..ni da masuk tahun ke 4 aku bekerja baru dapat..tadi kerani aku baru bagi surat tuh..

Alhamdulillah..so pasni lehla masuk ke skim pencen..tak perlu lagila nak potong kwsp tiap2 bulan..huhu

Pasni lehla nak plan beli rumah ke apa ke..:-)
Selagi tak sah jawatan tak boleh nak buat pinjaman perumahan kerajaan..
So pasni bolehla survey2 mana nak beli rumah..
ke nak kawen dulu baru beli rumah..?? :-p

21 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Hari jumaat haritu, sekolah aku telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Zainal dan seterusnya bacaan ayat suci A-Quran oleh adik Yusri dan tafsirannya dibacakan oleh adik Fadhlin daripada kelas 3 Arif..

Ni laa adik Yusri dan adik Fadhlin..cute je kan dua orang ni..mengaji pun pandai..sejuk perut mak yang melahirkan kalau dapat anak macam ni.

Majlis diteruskan dengan ceramah daripada Ustaz Kamal..Ustaz kamal menceritakan detik2 kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW..Antaranya diterangkan tujuan sambutan Maulidur Rasul diadakan iaitu sebgai mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Ustaz Kamal juga menceritakan peristiwa-peristiwa ganjil yang berlaku ketika kelahiran baginda..Antara peristiwa ganjil yang berlaku ialah terpadamnya api sembahan kaum Majusi yang telah beribu tahun tidak terpadam..



Inilah Ustaz Kamal yang semangat bercerita mengenai kelahiran Nabi Muhammad SAW..

Selepas ceramah, terdapat kuiz yang diajukan kepada murid-murid. Siapa yang dapat menjawab kuiz tersebut akan mendapat hadiah. So apa lagi berebut-rebutla murid2 tahun 2 dan 3 mengangkat tangan untuk menjawab soalan.


Sebelum itu diadakan juga sesi membaca selawat beramai-ramai..



Bersemangat murid2 ni membaca selawat..Comel2 je dia orang ni kan..agaknya masa kita kanak2 dulu pun macam ni kan..hehe


Ni pulak antara barisan guru2 sesi petang SKTPJ..comel2 kan..hehe

Nota Kaki :: "Sama2la kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW."