31 January 2011

Holiday...!!

Khamis..jumaat..sabtu..ahad ni CUTI...!!!!!....yeaaaaaaaa..!!

So, apa plan korang cuti CNY ni..aku cuti 4 hari jer..korang mesti cuti lama kan..sekolah aku tak ambil pun cuti berganti dan cuti peristiwa sebab sekolah aku tak ramai chinese..ada 2 orang je cikgu cina..tu pun sorang lagi kristian..kebanyakan sekolah lain ambil cuti seminggu..takpela janji dapat cuti dan yang paling penting dapat balik kampungggg..!!!

Cuti empat hari..apa plan korang..???

Aku aritu rancang dengan member nak gi bukit gambang resort city..tapi tak tahula jadi ke tak..aku penah pergi sekali haritu dengan family aku..seronok memang seronok..tapi masa pergi haritu sibuk jaga anak sedara..so tak boleh nak main2 sangat..



Kita tunggu nanti..jadi ke tak jadi...:-)

30 January 2011

My new lappy..

Alhamdulillah..:-)

Akhirnya tercapai juga impian aku untuk memiliki laptop baru..da lama termimpi2 nak ada laptop baru..hehe

Hari tu jalan2 dekat terminal 1..masuk kedai all it..terpandangla satu netbook acer aspire..wahh cantiknyaaaa..warna pink tuhh..tergoda2..



Tengok 2 kawan2..macamner saya tak tergoda..comel sangat..tetapi bila difikir2kan kekurangan n kebaikannya aku tak jadi beli..sedih betul..

Laptop mana yang aku beli..ini dia..taraaaaaaaaaa....


Dell inspiron warna merah..ingat nak beli warna pink tetapi disebabkan adik aku da ada laptop dell warna pink xjadila..walaupun hatiku meronta2 mahukan acer pink 2..aku pasrah..hahahaha

Poyo ajer..xpela..ada rezeki lebih nanti aku mahu sambar 1 acer aspire warna pink tuhh..

Nota kaki :: Ke ada sape2 mahu hadiahkan aku netbook acer aspire warna pink tuh..?? :-p

29 January 2011

New blog skin

Dah lama aku nak tukar skin blog ni..biar nampak cantik dan menarik..

So aku pun godek2 la blog dira..aku tgk kat bawah tu ada tulis mana dia dapat skin blog dia..sori dira aku cilok dr blog ko...huhu jangan mare no..

So..cantik tak..cantik x..??
okla dari dulu..nampak macam sedih je sebab gelap n nampak macam misteri je kan..

Skin ni nampak lebih ceriala sebab ada kaler2 n bunga2..

So harap korang pun enjoyla ddengan skin baru ni..

nota kaki:: "budget macam ramai pembaca jer..hehe "

2011

Salam tahun baru buat semua. walaupun tahun baru da lama berlalu, tak salah rasanya baru sekarang baru aku nak wish. da lama tak menjenguk blog ni..xde mood nak menulis dan bercerita. rasa macam banyak benda yang nak diceritakan tapi nak mengadap laptop dan mula mengarang tu yang malas.

Tahun baru..cerita baru..azam baru..

Kalau boleh suma pun nak baru..tapi bagi aku bila masuk tahun baru je rasa takut, sebab apa..sebab umur aku da bertambah lagi satu tahun..bila tengok pada nombor tu rasa takut juga..tapi hati rasa diri ni masih muda..xboleh blah betul..hehe

Diam tak diam aku da masuk tahun ke empat bergelar seorang guru. berat betul rasa tanggungjawab yang dipikul untuk mendidik anak2 yang dahagakan ilmu ni. rasa xterpikul. tapi semua itu tanggungjawab yang aku kena laksanakan.

Tahun baru bermaksud aku akan berjumpa dengan murid2 baru..ada juga murid2 yang aku da ajar tahun lepas..bila jumpa murid2 baru bermakna aku kena hafal lagi nama2 anak murid aku yang ramai ni..

Dahla sekarang ni budak2 ni punya nama punyala canggih2..sampai berbelit2 lidah aku ni nak menyebutnya..and i was surprised bila ada anak murid aku nama dia ada lima patah perkataan..panjangggggggggg giler..huhu

Nama dia dahla agak pelik..start dengan titiek manisha dot dot dot..lupa..aku akan panggil dia dgn nama manisha sebab macam xsanggup plak nak panggil nama titiek 2..huhu..pelik kan..

Kalau citer bab anak2 murid aku ni sampai esok memang xkan habis..
Tapi aku suka..:-)

Ada seorang lagi anak murid aku..nama dia rubini..cikgu2 kat sekolah 2 boleh dikatakan suma kenal dia..sebab apa..???

Sebab dia mcm pelik..mula2 aku ingatkan dia ada something wrong somewhere la kan..so pihak sekolah suruhla dia pi hospital wat checkup..kalo ada masalah akan dimasukkan ke kelas pendidikan khas..tapi bila pemeriksaan dibuat xde masalah paper..kira normal laa..

So selama ni dia normal..dan dia berkelakuan begitu aku xtahu sebab apa..ada yang cakap dia buat2 mcm 2 sebab dia malas nak belajar..bila cikgu suruh menulis dia xnak..suruh belajar dia xnak..keje dia hari2 datang sekolah kalo xtido..dia suka berjalan2 sekitar sekolah..suka pergi tandas..suka menyapu..bila kita marah2 dia akan senyum ajer.

Aku bila masuk kelas dia aje..aku xtahu apa aku nak buat dengan budak ni..dia ni berbangsa india..mula2 aku ingat dia xfaham bila kita speak malay..so aku speak in english..lagi la dia xfaham..last2 aku biarkan ajer..cikgu2 lain pun xtahu nak buat apa dengan dia..kalo datang mood dia nak menulis dia menulisla..kalo tak dia akan tido atau buat hal sendiri..

Rubini oh rubini..anak murid aku suka nyanyi mcm 2..heheheh kelakar betul..

4 .1.2011

Bulan januari ni birthday aku yang ke 20++..
Rasa da tua la plak..

"aku harap dengan pertambahan umur aku ni akan lebih mematangkan diri ini..
aku harap hidup aku akan dipermudahkan dalam segala hal..semoga bertambah amal ibadat dan menjadi insan yang berguna dunia akhirat..amin"