07 December 2005

yesss..

yahoo...akhirnyerr database aku berjaya dibangunkan..hehe
ehh..gelak plak..Alhamdulillah..

tima kasih byk2 kpd yg menolong aku..
terutamanyerr cik sifu kiterr..
saper lg kalu bkn linzzzzz..hehe

aku sudah maju setapak ke hadapan..
tp br setapak..byk lg tapak..
mcm mane nih..hehe

xpe2..lps nih aku akan berusaha lg..
aja aja fighting.!!!!!!

kpd meksu n maya yg tgh wat DB gak tu..
aja aja fighting...!!!

06 December 2005

:-)

" tenderness and kindness r not signs of weakness and despair

but manifestations of strength and resolutions "..kahlil gibran..

pujangga islam..

Tak perlu mencari teman secantik Balqis..
Jika diri tak seindah Sulaiman..

Mengapa mengharap dari Si Tampan Yusuf..
Jika kasih tak setulus Zulaikha..

Jangan mendamba seteguh Ibrahim..
Jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah..

Mengapa di damba teman hidup seistimewa Khatijah..
Jika diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W..

04 December 2005

dak2 IT..



mcm2 gaya la korang nih..
apa2 pun seronok leh kenal korang sumerr..

kalu kawin tu jgn lupa aku.. :p

xtau..

arini 5hb12 pukul 1.58am..aku masih lg setia di sini..rmh M yg tercinta..hehe

bila aku nak blik ke kg halaman nih..aku pun xtau..
sape2 yg tau habaq kat aku leh x.. :p

hari2 wat benda sama..tido..mkn..duk dpn pc..internet..
bosannyerrr..

tp seronok gak idup camni kan..mcm xde tujuan idup..
bgn tido xyah pk nak pi kls ke..wat ass ke..
kalu mcm ni sampai bila2 kan best..xyah nak pk apa2..

tp..
sistem xwat aperrr lgg..camnerrrr nihhhh..
tolonggggggggggggg...

member2ku..


'Mc Sue'-arebynar-'linZ'-maya-'Ain'-DR-

friendship 4eva..

hutang 5 sen..

Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku". Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.
Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya.
Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya. Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi.
Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam. Setelah terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan.
Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal.
Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan.
Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.
Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya. Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya. Mungkin orang lain.
Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya lelaki tua tersebut.
Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur aruah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya.
Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.
Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku.
Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi.
Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).
Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut:
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"
Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang diantara langit dan bumi.
Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.
Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.
Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:
"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna.

takutnyerr bila baca citer ni kan..
rasa insaf plak..

kpd kwn2 ku..

kalau aku ader 'hutang', 'terhutang', 'terpinjam' ke..
apa2 jela asalkan hutang..ckpla kat aku..
aku tkt ader yg tlps pandang..lupa nak byr..
kalu nak halalkan pun terima kasih byk2.. :-)

doa pengasih anak-anak


Citer ni aku terjumpa kat internet... :p
aku rasa byk benda yg aku dpt dr citer ni..

so kwn2..

bacala dan amikla wat pedoman di hari muka..
kita sumer pun akan alami alam tu nnti..

Masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime ... secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu ... dan sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni still berjalan ... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan ... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak ....
so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya ... dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ... dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dr sorang anak, suruh sorang azan dan sorang qiam ... kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat ... ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali ... tak caya try buat ... solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2 nya ... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib..

doa pengasih..


Mereka mencintainya sebagimana mereka mencintai Allah,adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah.

amalkanla doa ni selalu.. :)

01 December 2005

mmm...

kalau nak buat sesuatu..

pikirlah sedalam2nyerr..

jgn buat dgn terburu2..

bak kata pepatah..

tepuk dada tanya iman..

bukan tanya selera..

sebab selalunyerr..

selera manusia ni tamak..

novel..cerpen..

bila sebut je pasal novel ke cerpen ke..mesti ader yg xsuka kan..
tp aku x..aku suka sgt2 baca novel ngan cerpen..

tp aku suka baca jenis novel ngan cerpen yg jiwang2..cintan cintun..hehe..br syok..
tp xpela..aslkan aku bahagia..

koleksi novel aku dah setimbun ( btl ke aku tulis tu..)..kalu pk blik berbaloi ke aku beli tu..
ngabiskn duit pun yer jgak..tp bila pk dah hobi aku..hantam jela kan..
ader gak yg dah sampai 2 3 kali aku katam..cuma xwat majlis berkatam je lg..
kalu x kompom aku yg jd juara..hehe

kpd saper yg suka gak bc novel ke cerpen ke..jgn segan2 ek kasi aku pinjam..hehe
jgn kedekut..ALLAH xsuka :p

stories.catcha.com
telatah.com

kat atas tu url bg saper2 yg suka bc cerpen..gerenti puas ati nyer.. :-)

30 November 2005

AKU TANPA CINTAMU

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

akhirnyerr..

akhirnyerr..aku pun ader blog aku sendiri jgak..
dah lama berhajat nak ader blog sendiri..
tp xreti nak wat..

nasib baik ader 'SYUD' ( jgn bangga lak..aku sebut nama ko..hehe)
tlg ajarkn aku wat blog..tima kasih daun keladi..lain hari ajar lg..:p

kwn2..
nnti tlgla komenkan hasil keje aku ek..
aku bdk baru belajar..kalu slh jgn nak kutuk ajerr..hehe
k la..cau cin cau..