03 June 2010

Terkunci..

Pernahkah anda terkunci di dalam bilik atau mana2 tempat dan tidak ada sesiapa pun di sekeliling anda yang boleh membantu..???

Wahhh..skema giler ayat aku..hu2

Tapi itulah yang terjadi kat aku tadi..masuk bilik bersiap nak keluar makan. Pastu tutupla pintu macam biasa. Bila da siap, nak keluar buka2 pintu tak boleh..alamak..kenapa plak ni kan..aku cubala tarik2 pintu tuh..xboleh jugak..uishhh..nape plak nih..xlogik plak terkunci sebab aku dalam bilik bukan kat luar..

Tarik2 xboleh..tarik lg dan lagi..xboleh2 jgak..dah berpeluh ni..fikir2 apa nak buat kan..
dahla pintu rumah aku selak dari dalam..kalau telefon housemate suruh balik pun confirm dia xleh masuk rumah jgak sebab berkunci dari dalam..pastu pulak kunci rumah saya ada kat luar bilik..aduhaii..da pening kepala..

Mesti kunci dah bermasalah..yelahh..xlogikla terkunci sebab aku dalam bilik..lainla luar bilik..
Pastu aku dpt idea..telefon k.fara..rumash dia satu aras je dengan aku..so telefon dia. nasib baik dia ada kat rumah. tanya dia ada tukul tak. aku nak ketuk tombol pintu 2..pastu dia datang n bagi tukul 2 kot tingkap..nasib baikla bilik aku tepi tingkap..kalo tepi sebelah sana tak ke naya..

Pastu aku ketuklaa tombol pintu tu sampai tercabutla..sampai berlubang..leh nampak sebelah sana..still lagi xleh bukak..samapi jiran aku datangla..agaknya bunyi bising..k.fara pun ada lagi kat tingkap tu..mesti jiran tu pun pelik ajer..

Selepas aku mencuba berkali2..tarik benda alah tuh..sampai sakit2 tangan aku..akhirnya terbukala pintu tuhh..hancur jugaklaa..tercabut satu2 la tombol pintu tuh..hu2

Tensen gue..:-p dahla perut lapar..hu2

Berakhirlah episod tombol pintu..rasanya da dua kali berlaku kejadian nih..hu2