16 February 2006

CINTA SEORANG PEMUDA



::Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu membantu di satu hari yang dahsyat di hadapan Yang Maha Esa::

::Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul...sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup sampai bila-bila...takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta::

::Saya suka sangat tengok body teman wanita saya....solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaauuh lebih cantik dan berseri mengadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala....syoknya!

::Saya sedih sangat tengok teman wanita saya yang tidak keruan, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, “Apa ubatnya bang?” Saya pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa...semoga dia cintakan-Nya lebih daripada cintakan saya::

::Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; “Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok...nanti awak sakit saya juga yang susah hati...bla bla bla bla.” Tapi bila kami keluar sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh...berdosanya saya!::

::Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber’dating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya::

::Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami...semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin...!::

1 comments:

Anonymous said...

I say briefly: Best! Useful information. Good job guys.
»