Hanya kerana aku tiada melafazkan
Hanya kerana aku lupa mengucapkan
Kata manis rindu madah nan bermadu
Tak bermakna ku tak cintakanmu
Biar betapa payah untukku memujuk
Pada setiap kalinya dikau merajuk
Segala karenah telahku terima
Kerana aku amat menyintaimu
Pejamkan matamu kasih..
Sentuhlah hatimu..
Pasti dikau merasakan getarnya
Renunglah sedalam-dalamnya
Mataku ini kasih..
Kan terlihat sinaran tanda
Kejujuran cintaku..
Akanku cuba sedalam-dalam
Oh..sepenuh hati
Untukku miliki asmara ini
Tidaklah kanku lepaskannya
Pastinya kau merasakan getarannya
Hanya satu pintaku kepadamu kekasih
Kau genggamlah setia nadi cinta ini
1 comments:
Really amazing! Useful information. All the best.
»
Post a Comment