31 May 2010

~ Hari Guru SKTPJ 2010 ~

Walaupun sambutan Hari Guru di SKTPJ sudah lama berlalu, namun aku nak juga bercerita mengenai pengalaman ke-3 aku menyambut Hari Guru di sini. Oleh kerana tahun ini hari guru jatuh pada hari ahad, so sekolah aku menyambutnya pada hari rabu..19 Mei 2010. Seperti tahun-tahun lepas, banyak aktiviti yang dirancang untuk semua guru.

Acara bermula dengan aktiviti sukaneka untuk guru2. Hari ini jela pun cikgu2 leh main dan anak2 murid semua tengok cikgu2 main. Memang sangat seronok. Kami dibahagikan kepada lapan kumpulan. Setiap kumpulan mesti habiskan kelima2 game yang disediakan. Pemenang akan dikira dengan markah yang tertinggi..





Disebabkan semua cikgunya menjadi peserta, terpaksala anak murid jadi hakim..he2 Acara pertama yang aku main ialah Bowling kelapa..memang sangat hampeh. Sebab setiap kali aku baling xpernah kena pun..hu2 nampak macam senang tapi susah sebenarnya..xpela, pengalaman..

Aktiviti kedua sepak bola masuk gol..yang ni pun nampak macam senang tapi malangnya walaupun berkali2 aku sepa, tak masuk2 jugak..xpela,layankan ajer..janji hepi..Acara ketiga masukkan bola jaring pulak..yang lehla masuk..wakil sekolah dulu kan bola jaring..hu2..Acara keempat timang bola pakai kayu hoki..yang ni pun aku rasa hampeh jgak..semua pun macam xbedung tangan..kih2..

Dan acara terakhir ialah acara mumia..setiap kumpulan mesti memilih seorang untuk menjadi mumia dan dibungkus menggunakan tisu dan dalam kunpulan aku, aku laa yang menjadi mangsa sebab paling kecik dan kurus. Senang nak bungkus..aku pun layan jela..Ingatkan senang ke nak jadi mumia nih.dahla panas kena bungkus dengan tisu tuh,geli lagi orang duk pegang2 badab kita kan..rasa nak tolak2 je tangan2 tuhh..tapi nanti habisla tercabut tisu2 tuhh..so tahan jelaa..hu2





Dan berbaloi jgak aku jadi mumia tuhh..kumpulan aku dapat no 3 keseluruhan..hu2

Lepas habis aktiviti sukaneka..kami semua tukar baju untuk sambutan rasmi kat dewan plak. Dahla panas2 main sukaneka tadi kena pakai baju kurung plak. Masa ni la cikgu2 ni nak bergaya. Pakai cantik2..Sebelum masuk ke dewan kami diarak dari pintu pagar sampaila ke dewan dengan paluan kompang..macam pengantin baru plak..he2 Kat dewan biasala..ucapan2 daripada GB, GPK2..Dan acara wajib setiap tahun bila sambut hari guru ialan nyanyian lagu Guru Malaysia..Bersemangat giler cikgu2 ni menyanyi..anak2 murid aku pun syok ajer tengok cikgu2 dia duk atas pentas dengan macam2 aksi dan gelagat..







Pastu ada persembahan daripada anak2 muridku..Layan jelaa..Tahun lepas cikgu2nyer yang duk menyanyi tapi tahun ni bagi anak2 murid plak yang hiburkan cikgu2nyaa..Macam2 yang ada. Persembahan boria dari prasekolah, tarian dari anak2 PPKI, persembahan nyanyian dan yang paling menyentuh perasaan ialah nyanyian dari pelajar lelaki tahun 6. Yang buat persembahan tu boleh dikatakan otai2 SKTPJ laa.. Aku penah ajar dia orang masa 2008, masa tu dia orang baru darjah 4. Memang sangat memeningkan kepala masa ajar dia orang ni..Apa yang dia orang persembahkan..???

Depa wat persembahan nyanyian..apa yang menyentuh perasaan bila solonya menangis mengalirkan air mata..dan solo dia tuh namanya Omar Basir..Budak ni penah wat aku menangis dengan perangai dia 2 tahun lepas..hu2 lawak plak bila ingat2 balik..biasala masa tuh baru awal2 mengajar, tak berpengalaman lagi nak kawal budak2.. Omar ni menyanyi lagu apa aku da lupa. Tapi lagu tu macam menceritkan kisah hidup dia..sedih pun ada bila tengok dia menyanyi sambil menangis..cikgu harap kamu jadi budak yang baik selepas ini..



Pastu acara penyampaian hadiah..Akula yang paling busy time nih sebab aku jadi ajk hadiah..So tugas aku duk atas pentas ajela..Penat tangan aku nak pegang hadiah2 tu..Banyak jugakla hadiah yang aku dapat daripada anak2 murid aku..Terima kasih sangat2 kepada anak2 muridku yang bagi hadiah..Cikgu sangat2 menghargainyaa..Love u all.. :-)


5 comments:

JERICHO ROSALES said...

bestnye bace blog are..suke bace mcm2 telatah are dlm majlis hari guru ni...

siput06 said...

teringat zmn dolu2 mase smbut ari guru,,mesti nk bg adiah spai sabun pun de ank murid bg kt cikgu..haha..tp bkn aku la budak itu..=)

are said...

yeker dok lina..bkn mg ke bg hadiah sabun ke cg..he2

ABG KAREM said...

hahaha,sabun?are bg ker?cg laki ke,cg pompuan..ARE..jangan are...dalam diam ni...

ABG KAREM said...

hahaha,sabun?are bg ker?cg laki ke,cg pompuan..ARE..jangan are...dalam diam ni...