28 October 2010

28.10.08 - 28.10.10

Hari ini genap dua tahun arwah ayah pergi meninggalkan kami semua..
Masih segar dalam ingatan aku hari itu..
Hari ayah pergi meninggalkan kami..

Dua tahun yang lepas pada tarikh yang sama..

Aku berada di seremban..Baru semalam aku sampai dari kampung menziarahi ayah yang sakit dan tidak bermaya untuk bangun dan berjalan lagi. Ayah hanya baring dan tidur. Tidak lagi banyak bercakap walaupun ramai yang datang menziarahi melihat keadaan ayah. Dalam hati aku memang risau sangat melihat keadaan ayah tapi tak ada apa yang mampu aku lakukan. Aku hanya mampu untuk melihat dan sesekali memicit kaki dan badan ayah yang membengkak akibat daripada penyakitnya. Untuk pengetahuan semua ayahku menghidap penyakit hati ataupun hepatitis a. Penyakit yang sebenarnya banyak meragut banyak nyawa tanpa kita sedari.

Kalau ikutkan hati, aku memang tak nak pulang ke seremban kerana risaukan keadaan ayah. Tapi aku tidak sempat untuk memohon cuti kerana kebetulan ada hari jumaat tersebut sekolahku agak sibuk dengan majlis perpisahan. Dengan berat hati aku pulang juga ke seremban dan esoknya aku ke sekolah seperti biasa. Pagi itu semasa perhimpunan aku sempat bercerita dengan salah seorang rakan setugasku mengenai keadaan ayah. Semasa di kampung tempohari, emak aku ada bercerita padaku. Katanya, ayahku memberitahunya yang dia melihat ada orang datang melawatnya pada tengah malam selama tiga malam berturut-turut sebelum ayahku meninggal. Ayah aku cakap mereka datang dan menggosok-gosok perut ayahku yang sakit untuk mengurangkan kesakitan yang ayah aku alami.

Emak yang mendengar cerita itu daripada ayah menganggap ayah aku hanya bermimpi kerana emakku sentiasa menemani ayahku setiap malam disisinya. Bila emak ceritakan padaku, aku jadi takut pulak. Dalam hati aku ( hantu ker..huhu ntah paper je kan ). Tapi lain pula bila aku ceritakan pada sahabatku. Sahabatku membuat andaian itu adalah malaikat maut yang datang untuk melihat ayahku. Bila dia cakap macam tu, terus aku rasa takut. Tapi disebabkan selepas itu aku sibuk dengan murid2ku yang menghantar buku teks aku jadi terlupa mengenai perkara tersebut.

Selepas aku meyelesaikan urusanku dengan murid2ku, barulah aku teringat untuk melihat handphoneku di atas meja guru. Aku lihat terdapat beberapa missed called and mesej. Lantas aku melihat siapa pengirimnya. Rupa-rupanya adik-adikku yang cuba untuk menghubungi aku dari tadi untuk memberitahu aku keadaan ayah yang tidak sedarkan diri dari pagi tadi.

Terus aku menjadi kelam kabut tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku segera ke pejabat untuk mencari gpk yang ada untuk memohon cuti tetapi tiada seorang pun gpk di pejabat. Lantas aku mencari2 mereka di kelas dan aku terjumpa k.shidah gkp1 aku. Apabila aku melihat sahaja muka k.shidah aku terus menangis sebab aku tak dapat nak menahan lagi perasaan sedih aku bila adik aku memberitahu yang ayahku tidak sedarkan diri. k.shidah membenarkan aku pulang tetapi di dalam kepalaku pening memikirkan bagaimana aku mahu pulang ke terengganu pada saat itu. Pada ketika itu aku masih lagi belum mempunyai kenderaan.

Aku terus ke bilik guru untuk mengambil barang-barang aku disana. Kebetulan aku bertemu dengan k.zainipah dan dia bertanya mengenai keadaan aku yang sedang menangis. Lantas aku ceritakan semuanya. Dia lantas memeluk aku untuk meredakan kesedihan aku tika itu. Ketika itu aku teringat akan abglong aku yang berada di shah alam.Lantas aku menelefon dia dan dia menyuruh aku ke shah alam dan kami boleh pulang ke kampung bersama. K.zai menghantar aku pulang ke flat untuk mengemas baju dan dia jugalah yang menelefon teksi untuk menghantar aku ke shah alam. Dia juga sempat meminjamkan aku duit untuk kegunaanku nanti. Aku sangat2 menghargai kesudian k.zai yang telah bersusah payah menolong aku.

Sepanjang perjalanan ke shah alam, adikku asyik bertanya aku sudah sampai mana. Ini kerana keadaan ayah aku ketika itu sudah kritikal. Kuman sudah berjangkit hingga ke kepala dan menyebabkan ayah aku tidak sedarkan diri. Aku hanya mampu menyuruh pakcik pemandu teksi tersebut memandu keretanya selaju yang boleh. Pada ketika itu, hanya aku, abg long dan adikku na yang berada di johor yang tidak ada disisi ayahku. Aku hanya mampu berdoa agar aku sempat berjumpa dengan ayahku buat kali terakhir. Namun doaku tidak dimakbulkan. Sedang aku berada di dalam toilet di stesen minyak di shah alam adikku menelefon aku dan memberitahu yang ayahku sudah tiada lagi. Aku hanya mampu menangis di dalam toilet itu sementara menunggu abangku datang menjemputku.

Aku bersama abang, kakak iparku dan anak saudaraku pulang menuju ke terengganu. Apabila tiba di kampung, aku lihat sudah ramai orang kampung dan ahli keluargaku yang berada dirumahku. Aku lantas menuju ke dalam rumah dan aku lihat sekujur tubuh kaku ayahku berada di atas katil. Kakakku lantas memeluk aku untuk menenangkan aku. Aku terus mengambil wudhuk dan membaca yasin seberapa banyak yang aku boleh baca. Aku sempat untuk melihat bagaimana ayahku dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Aku juga sempat untuk mengucup dahinya buat kali yang terakhir. Ayahku dikebumikan selepas adikku yang berada di johor sampai. Sempatlah dia menatap wajah ayahku buat kali terakhir walaupun kami tak sempat untuk berada disisinya di saat ayahku menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saat ayahku disembahyangkan, aku terharu melihat saf dibarisi oleh anak2 saudara ayah yang memang ramai. Segala urusan pengebumian dari awal hingga akhir semuanya diuruskan oleh saudara2ku yang hadir.

Kami adik beradik perempuan hanya memandang dari jauh saat ayahku dikebumikan. Kata orang tak elok perempuan berada dekat ketika jenazah dikebumikan. Hampir magrib barulah selesai urusan pengebumian tersebut. Lantas kami meninggalkan kawasan perkuburan yang semakin sepi.

Daripada cerita2 yang adik beradikku sampaikan..pagi itu keadaan ayahku tidak berapa baik. adik perempuanku yang menolong ayahku mengambil wudhuk perasan kelainan pada kaki ayahku yang menjadi lurus(antara tanda2 kematian semakin hampir) tetapi dia tidak menyedarinya. Ayahku juga ada menyebut supaya cepat menyiapkannya untuk ke hospital kerana katanya ada yang sedang menunggunya. Siapa sangka kan..Banyak tanda2 yang terjadi tetapi kita manusia hanya menyedarinya bila mereka telah tiada lagi.

Aku menulis disini supaya cerita ini aku tak akan lupakan sampai bila-bila..
Aku mahu kenangan ini sentiasa melekat diingatanku..
Aku mahu kenangan ini menjadi kekuatan untuk aku melayari hari2 yang mendatang..
Aku tak mahu melupakan kenangan ini..

Kalau aku diberi peluang sekali sahaja lagi untuk bertemu ayahku, hanya satu sahaja yang aku mahu ucapkan..
"Aa sayang ayah sangat sangat. Terima kasih sebab membesarkan aa menjadi insan yang berguna"

p/s::hargailah kedua orang tua anda selagi mereka masih ada di dunia ini. jangan menyesal jika mereka telah pergi meninggalkan anda suatu hari nanti. ingatlah hari itu pasti hadir. hanya dia yang maha mengetahui bila ajal kita akan tiba..

23 October 2010

Insya Allah ~ Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

20 October 2010

Thank You ALLAH

I was so far from You
Yet to me You were always so close
I wanna love in the dark
I close my eyes
To all the signs
You put in my way
I walked the day
Further and further away from You
Oh...
Allah...
You brought me home
I thank You
With every breath I take

Alhamdulillah
Our praise is to Allah

I never thought about
All the things You had given to me
I never thank You once
I was to proud
To see the truth
And prostrate to You
Until I took the first step
And thats when You opened the doors for me
And now Allah I realized what I was missing
By being far from You

Alhamdulillah
Our praise is to Allah

ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
And indeed You give me hope

Oh ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
I wanna thank You
For bringing me home

Alhammdulillah
Our praise is to Allah

:-(

saya sedih..
sangat sangat sedih..
kenapa takdir hidup saya selalu macam ni..
ya allah..aku bukan hambamu yang tidak bersyukur..
tapi aku hanyalah hambamu yang lemah..
hambamu yang selalu tewas dengan dugaan hidup..

ya allah..
hanya padamu aku mengadu..
engkau maha mendengar ya allah..
aku tahu ya allah..
engkau turunkan ribut petir dan hujan..
sebab engkau hendak berikan kami pelangi yang indah..

aku akan menantikan 'pelangi' itu hadir dalam hidupku..
itu janjiku ya allah..

19 October 2010

For the rest of my life..

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

p/s: bahagianya kalo ada org dedicate kan lagu ni utk saya..:-)

18 October 2010

Dugaannn..

Minggu ni aku rasa minggu penuh dugaan untuk aku..
Hari ni pulak soalan aku yang hantar untuk di riso..hilanggggg...!!!
ohh..tidakkk..dahla penat2 aku wat soalan tu..menampal gambar lagi..
takkanlah nak kena buat balik..

Memangla ada soalan 2 dalam pendrive..
tetapi yang lecehnya bila nak kena tampal2 gambar..
nak gi cari ketua panitiaa nak tdtangan..
cari gpk plak nak tandatangan lagi..aduyaiii..
dugaan betullaa..

sabar albaina..sabarrrr

17 October 2010

stress


kenapa kita selalu stress?

Ada orang stress sebab kerja..
Ada orang stress sebab jalan jem..
Ada orang stress sebab masalah dengan pasangan..
Ada orang stress sebab anak nakal..

Macam2 sebab kita boleh stress..
Aku pun stress ker..?

Takdela stress sangat..cuma bengang jer..tak sama kan..huhu

Kejadian ni berlaku dua hari lepas. Kejadian apa biarla rahsia. Tapi disebabkan kejadian itu aku marah sangat2. Sampai sejuk2 badan aku. Jantung rasa macam baru lepas berlari. Tak pernah rasanya aku marah sampai macam tu sekali. dan disebabkan itu jugak malam tu aku tak boleh tidur. terngiang2 dikepala aku pasal benda tu.

Biarlah..benda da jadi..tak boleh diundurkan lagi masa tu..belajar daripada pengalaman..lepas ni jangan ulangi kesilapan yang sama. betul tak? kita manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan. cuma kita janganla ulangi kesilapan yang sama..bak kata pepatah..jangan sampai pisang berbuah dua kali..

Kadang2 aku terfikir..kenapa manusia mudah melupakan kebaikan yang pernah orang berikan pada kita..kenapa manusia susah untuk berterima kasih..kenapa budi yang diberi selalu dibalas dengan tuba..kenapa dan kenapa..?

Kadang2 kebaikan yang kita berikan dibalas dengan kejahatan..bersabarla..kalo kita sabar, ikhlas..Allah yang akan balas kebaikan itu..

Tapi yang pastinyaaa..aku bengang sama kamuuuuu..:-p


Novel

Buat pengetahuan semua aku ialah peminat setia novel. Kenapa?

Ntahlaa..tapi dari zaman sekolah menengah lagi aku suka baca novel. Dulu2 pinjam dengan kawan jela sebab tak mampu lagi nak beli. Yela, zaman sekolah menengah dulu manala ada duit lebih nak beli2 novel ni. duit belanja pun mak yang kasi..huhu

Minat aku pada novel menyebabkan aku tak kisah keluarkan duit untuk beli novel tiap2 bulan. sejak2 da bekerja nila..kalau zaman2 belajar dulu takdela tiap2 bulan beli kan. takde budget..huhu

So, untuk bulan ni jer aku ada beli 3 buah novel. Sebabnya aku boring giler hujung2 minggu tak tahu nak buat apa. Nak kuar pun aku bukan ada geng sangat. Macam arini, aku terperap je kat rumah. tak kuar lansung. So untuk hilangkan boring aku, aku belila novel banyak2. Aku boleh mengadap baca novel tu berjam2 tanpa rasa jemu. kadang2 satu malam aku boleh habiskan. aku jugak sanggup tak tido malam semata2 nak habiskan novel tu..

Novel apa yang aku beli bulan ini..?? Tadaaa..hehe
  1. Antara benci dan rindu ~ Ida Farisya




  2. Untuk Awak Teja Aulia ~ Syud




  3. aA+bB ~ Hlovate
Ketiga2 novel ni aku suka sangat..banyak lagi koleksi novel2 yang aku ada. biarlah orang nak cakap aku jiwang ke apa ke..bak kata azuwan ali.."ada aku kisah" ..haha kurang2 masa hujung minggu ku terisi..xdela gi melepak tak tentu hala kan..

Tak sabar nak tunggu gaji..sebabnya nak gi beli novel baru lagi..huhu

07 October 2010

Raya2010..

Esok da last syawal..pastu da nak masuk zulkaedah..pastu zulhijjah..walaupun da terlambat dan da basi da nak cerita pasal raya, aku nak citer jugak..huhu baru ada mood nak bercerita..

Aku balik seminggu sebelum raya. kebetulan cuti sekolah. dapat jugak aku merasa berpuasa di kampung dengan family. iyelah duk seremban asyik berbuka sorang2 kan. tak seronok lansung. bila da kat kampung barula seronok. kebetulan adik2 aku suma balik.cuti semester. so riuh rendahla kami suma. mak aku pun hepi. yelah sebelum ni dia dengan abang aku je kat rumah. sudah pastilah bila kami ramai2 balik meriahla rumah tu.

Sempat jugalah aku buat kuih raya 3 4 jenis. walaupun xsedap pun.haha. aku kan tak pandai masak. so ikut jela buku resipi. ngeh3x bolehla kan.puas hati leh wat kuih raya. baru perasaan nak raya 2 lebih ckit.

Tahun ni menu kami di pagi raya memang sangat banyak. nak tahu apa dia...jeng..jeng..jeng
  1. nasi impt + kuah kacang
  2. nasi minyak + gulai daging
  3. laksa penang
  4. sate
  5. rendang ayam
  6. ketupat palas
  7. kuih muih+kek+puding
haaaa..banyak kan..suma pun mahu makan.suma tu kami adik beradik n mak masak sendiri.kakitangan ramai.yelaa adik beradik perempuan 5org+kak ipar+mak..semua sekali 7org perempuan. tu pun macam xcukup kakitangan lagi wat keje..hahaha

Aktiviti di pagi raya seperti biasala. kami ke masjid dulu untuk solat sunat aidilfitri. elok je kami duk sebaris adik beradik dalam masjid tu.pastu masa salam makcik2 yang datang pun tegurla.biasala adik beradik ramai kan. lepas balik dari masjid kami ke kubur arwah ayah. da dua tahun beraya tanpa ayah. sedih memang sedih tapi pendam je dalam hati. alangkah bestnya kalau ayah ada lagi..:-(

Balik dari kubur kami buat sesi bersalam salaman dan sesi memberi duit raya.nasib baik aku pun dapat duit raya.akak aku bagi.huhu merasa gak dapat duit raya.tapi xaci abang aku xkasi.katanya da bekerja xpayah..huhu sedih2..masa ngah salam2 tu family pakcik aku datang.ramai pulak tu.so cepat2 salam pastu layan dia orang..

sedihnya raya pertama xde sorang pun kawan aku datang.nampak sangat xde ramai kawan.huhu yang datang kawan adik2 aku n kawan abang.so layan dia orang jela.ramai plak tu.kiranya lakula makanan yang disajikan..hehe

da petang2 cikit baru aku gi beraya dengan.dua buah rumah je.esoknya kami balik kampung..rumah nenek belah mak..so yang tu nanti2la plak aku cite..penat da menaip..huhu

so..kita layan gambar jap..gambar sama je kat fb..xleh nak amik gmbr dr handphone..nape ntah








Busy

Sudah lama aku tak update blog ni. Bukan apa, macam tak ada mood saje nak menulis. Padahal banyak je benda yang aku nak cerita dan kongsi dengan semua. Esok da last syawal. Esok jugak ada Sambutan Hari Raya kat sekolah aku. Memang menutup bulan syawal la jawabnya.

Sekarang aku tengah sibuk buat soalan. 25hb-29hb oktober ni sekolah aku da start peperiksaan akhir tahun. Bayangkan kali ni aku kena buat 3 paper ( sains, p.moral dan p.jasmani ) . Pening kepala aku fikir nak buat soalan ni. Tapi alhamdulillah, malam ni aku da berjaya buat paper yang kedua. Tinggal lagi satu paper. Nantila dulu...esok-esokla aku buat plak..huhu

okla..malam da larut..aku mahu tidur..nanti2 cerita lagi..tata