07 October 2010

Raya2010..

Esok da last syawal..pastu da nak masuk zulkaedah..pastu zulhijjah..walaupun da terlambat dan da basi da nak cerita pasal raya, aku nak citer jugak..huhu baru ada mood nak bercerita..

Aku balik seminggu sebelum raya. kebetulan cuti sekolah. dapat jugak aku merasa berpuasa di kampung dengan family. iyelah duk seremban asyik berbuka sorang2 kan. tak seronok lansung. bila da kat kampung barula seronok. kebetulan adik2 aku suma balik.cuti semester. so riuh rendahla kami suma. mak aku pun hepi. yelah sebelum ni dia dengan abang aku je kat rumah. sudah pastilah bila kami ramai2 balik meriahla rumah tu.

Sempat jugalah aku buat kuih raya 3 4 jenis. walaupun xsedap pun.haha. aku kan tak pandai masak. so ikut jela buku resipi. ngeh3x bolehla kan.puas hati leh wat kuih raya. baru perasaan nak raya 2 lebih ckit.

Tahun ni menu kami di pagi raya memang sangat banyak. nak tahu apa dia...jeng..jeng..jeng
  1. nasi impt + kuah kacang
  2. nasi minyak + gulai daging
  3. laksa penang
  4. sate
  5. rendang ayam
  6. ketupat palas
  7. kuih muih+kek+puding
haaaa..banyak kan..suma pun mahu makan.suma tu kami adik beradik n mak masak sendiri.kakitangan ramai.yelaa adik beradik perempuan 5org+kak ipar+mak..semua sekali 7org perempuan. tu pun macam xcukup kakitangan lagi wat keje..hahaha

Aktiviti di pagi raya seperti biasala. kami ke masjid dulu untuk solat sunat aidilfitri. elok je kami duk sebaris adik beradik dalam masjid tu.pastu masa salam makcik2 yang datang pun tegurla.biasala adik beradik ramai kan. lepas balik dari masjid kami ke kubur arwah ayah. da dua tahun beraya tanpa ayah. sedih memang sedih tapi pendam je dalam hati. alangkah bestnya kalau ayah ada lagi..:-(

Balik dari kubur kami buat sesi bersalam salaman dan sesi memberi duit raya.nasib baik aku pun dapat duit raya.akak aku bagi.huhu merasa gak dapat duit raya.tapi xaci abang aku xkasi.katanya da bekerja xpayah..huhu sedih2..masa ngah salam2 tu family pakcik aku datang.ramai pulak tu.so cepat2 salam pastu layan dia orang..

sedihnya raya pertama xde sorang pun kawan aku datang.nampak sangat xde ramai kawan.huhu yang datang kawan adik2 aku n kawan abang.so layan dia orang jela.ramai plak tu.kiranya lakula makanan yang disajikan..hehe

da petang2 cikit baru aku gi beraya dengan.dua buah rumah je.esoknya kami balik kampung..rumah nenek belah mak..so yang tu nanti2la plak aku cite..penat da menaip..huhu

so..kita layan gambar jap..gambar sama je kat fb..xleh nak amik gmbr dr handphone..nape ntah








0 comments: