28 October 2010

28.10.08 - 28.10.10

Hari ini genap dua tahun arwah ayah pergi meninggalkan kami semua..
Masih segar dalam ingatan aku hari itu..
Hari ayah pergi meninggalkan kami..

Dua tahun yang lepas pada tarikh yang sama..

Aku berada di seremban..Baru semalam aku sampai dari kampung menziarahi ayah yang sakit dan tidak bermaya untuk bangun dan berjalan lagi. Ayah hanya baring dan tidur. Tidak lagi banyak bercakap walaupun ramai yang datang menziarahi melihat keadaan ayah. Dalam hati aku memang risau sangat melihat keadaan ayah tapi tak ada apa yang mampu aku lakukan. Aku hanya mampu untuk melihat dan sesekali memicit kaki dan badan ayah yang membengkak akibat daripada penyakitnya. Untuk pengetahuan semua ayahku menghidap penyakit hati ataupun hepatitis a. Penyakit yang sebenarnya banyak meragut banyak nyawa tanpa kita sedari.

Kalau ikutkan hati, aku memang tak nak pulang ke seremban kerana risaukan keadaan ayah. Tapi aku tidak sempat untuk memohon cuti kerana kebetulan ada hari jumaat tersebut sekolahku agak sibuk dengan majlis perpisahan. Dengan berat hati aku pulang juga ke seremban dan esoknya aku ke sekolah seperti biasa. Pagi itu semasa perhimpunan aku sempat bercerita dengan salah seorang rakan setugasku mengenai keadaan ayah. Semasa di kampung tempohari, emak aku ada bercerita padaku. Katanya, ayahku memberitahunya yang dia melihat ada orang datang melawatnya pada tengah malam selama tiga malam berturut-turut sebelum ayahku meninggal. Ayah aku cakap mereka datang dan menggosok-gosok perut ayahku yang sakit untuk mengurangkan kesakitan yang ayah aku alami.

Emak yang mendengar cerita itu daripada ayah menganggap ayah aku hanya bermimpi kerana emakku sentiasa menemani ayahku setiap malam disisinya. Bila emak ceritakan padaku, aku jadi takut pulak. Dalam hati aku ( hantu ker..huhu ntah paper je kan ). Tapi lain pula bila aku ceritakan pada sahabatku. Sahabatku membuat andaian itu adalah malaikat maut yang datang untuk melihat ayahku. Bila dia cakap macam tu, terus aku rasa takut. Tapi disebabkan selepas itu aku sibuk dengan murid2ku yang menghantar buku teks aku jadi terlupa mengenai perkara tersebut.

Selepas aku meyelesaikan urusanku dengan murid2ku, barulah aku teringat untuk melihat handphoneku di atas meja guru. Aku lihat terdapat beberapa missed called and mesej. Lantas aku melihat siapa pengirimnya. Rupa-rupanya adik-adikku yang cuba untuk menghubungi aku dari tadi untuk memberitahu aku keadaan ayah yang tidak sedarkan diri dari pagi tadi.

Terus aku menjadi kelam kabut tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku segera ke pejabat untuk mencari gpk yang ada untuk memohon cuti tetapi tiada seorang pun gpk di pejabat. Lantas aku mencari2 mereka di kelas dan aku terjumpa k.shidah gkp1 aku. Apabila aku melihat sahaja muka k.shidah aku terus menangis sebab aku tak dapat nak menahan lagi perasaan sedih aku bila adik aku memberitahu yang ayahku tidak sedarkan diri. k.shidah membenarkan aku pulang tetapi di dalam kepalaku pening memikirkan bagaimana aku mahu pulang ke terengganu pada saat itu. Pada ketika itu aku masih lagi belum mempunyai kenderaan.

Aku terus ke bilik guru untuk mengambil barang-barang aku disana. Kebetulan aku bertemu dengan k.zainipah dan dia bertanya mengenai keadaan aku yang sedang menangis. Lantas aku ceritakan semuanya. Dia lantas memeluk aku untuk meredakan kesedihan aku tika itu. Ketika itu aku teringat akan abglong aku yang berada di shah alam.Lantas aku menelefon dia dan dia menyuruh aku ke shah alam dan kami boleh pulang ke kampung bersama. K.zai menghantar aku pulang ke flat untuk mengemas baju dan dia jugalah yang menelefon teksi untuk menghantar aku ke shah alam. Dia juga sempat meminjamkan aku duit untuk kegunaanku nanti. Aku sangat2 menghargai kesudian k.zai yang telah bersusah payah menolong aku.

Sepanjang perjalanan ke shah alam, adikku asyik bertanya aku sudah sampai mana. Ini kerana keadaan ayah aku ketika itu sudah kritikal. Kuman sudah berjangkit hingga ke kepala dan menyebabkan ayah aku tidak sedarkan diri. Aku hanya mampu menyuruh pakcik pemandu teksi tersebut memandu keretanya selaju yang boleh. Pada ketika itu, hanya aku, abg long dan adikku na yang berada di johor yang tidak ada disisi ayahku. Aku hanya mampu berdoa agar aku sempat berjumpa dengan ayahku buat kali terakhir. Namun doaku tidak dimakbulkan. Sedang aku berada di dalam toilet di stesen minyak di shah alam adikku menelefon aku dan memberitahu yang ayahku sudah tiada lagi. Aku hanya mampu menangis di dalam toilet itu sementara menunggu abangku datang menjemputku.

Aku bersama abang, kakak iparku dan anak saudaraku pulang menuju ke terengganu. Apabila tiba di kampung, aku lihat sudah ramai orang kampung dan ahli keluargaku yang berada dirumahku. Aku lantas menuju ke dalam rumah dan aku lihat sekujur tubuh kaku ayahku berada di atas katil. Kakakku lantas memeluk aku untuk menenangkan aku. Aku terus mengambil wudhuk dan membaca yasin seberapa banyak yang aku boleh baca. Aku sempat untuk melihat bagaimana ayahku dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Aku juga sempat untuk mengucup dahinya buat kali yang terakhir. Ayahku dikebumikan selepas adikku yang berada di johor sampai. Sempatlah dia menatap wajah ayahku buat kali terakhir walaupun kami tak sempat untuk berada disisinya di saat ayahku menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saat ayahku disembahyangkan, aku terharu melihat saf dibarisi oleh anak2 saudara ayah yang memang ramai. Segala urusan pengebumian dari awal hingga akhir semuanya diuruskan oleh saudara2ku yang hadir.

Kami adik beradik perempuan hanya memandang dari jauh saat ayahku dikebumikan. Kata orang tak elok perempuan berada dekat ketika jenazah dikebumikan. Hampir magrib barulah selesai urusan pengebumian tersebut. Lantas kami meninggalkan kawasan perkuburan yang semakin sepi.

Daripada cerita2 yang adik beradikku sampaikan..pagi itu keadaan ayahku tidak berapa baik. adik perempuanku yang menolong ayahku mengambil wudhuk perasan kelainan pada kaki ayahku yang menjadi lurus(antara tanda2 kematian semakin hampir) tetapi dia tidak menyedarinya. Ayahku juga ada menyebut supaya cepat menyiapkannya untuk ke hospital kerana katanya ada yang sedang menunggunya. Siapa sangka kan..Banyak tanda2 yang terjadi tetapi kita manusia hanya menyedarinya bila mereka telah tiada lagi.

Aku menulis disini supaya cerita ini aku tak akan lupakan sampai bila-bila..
Aku mahu kenangan ini sentiasa melekat diingatanku..
Aku mahu kenangan ini menjadi kekuatan untuk aku melayari hari2 yang mendatang..
Aku tak mahu melupakan kenangan ini..

Kalau aku diberi peluang sekali sahaja lagi untuk bertemu ayahku, hanya satu sahaja yang aku mahu ucapkan..
"Aa sayang ayah sangat sangat. Terima kasih sebab membesarkan aa menjadi insan yang berguna"

p/s::hargailah kedua orang tua anda selagi mereka masih ada di dunia ini. jangan menyesal jika mereka telah pergi meninggalkan anda suatu hari nanti. ingatlah hari itu pasti hadir. hanya dia yang maha mengetahui bila ajal kita akan tiba..

4 comments:

siput06 said...

semoga arwah ustaz ditempatkan dikalangan org2 beriman..
amin..

Min said...

sayu pulak kak min baca entry baina ni. insya Allah, ayah baina tahu yang baina sayangkan dia... anyway, tq! makin semangat nk cepat2 balik ke msia utk bertemu mereka yg disayangi... doakan kak min ye!

nabilapearl said...

smoga ayah cikgu dtempatkan dkalangan org2 yg beriman ...
amin yarabalalamin ..

~ CiKgU @LBaINa ~ said...

semoga k.min pun tabah berada di sana..tq k.min