05 April 2010

~ Panduan utk bakal2 ibu ~

Sejak 2 menjak ni,ramai kawan2 ku yg tgh pregnant..bakal menjadi seorang ibu..
so dikesempatan ini aku nak share something yg aku rasa sangat bagus utk kamu semua..
bakal2 ibu semua jgn lupa amalkan selalu apa yg baik dan jauhi apa yg xbaik utk korang..
harap2nya apa yg aku tulis ni membantu sedikit sebanyak dlm melahirkan zuriat2 yg soleh dan solehah..amin..

Apa yg aku nak share ni aku baca dlm majalah " Solusi~Panduan Hidup Bersyariat "..so kalo nak lebih tahu lebih lanjut korang leh beli majalah ni kat kedai2..sangat bgs majalah ni..

" Tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung membawa impak yang besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan"


Sikap Ibu Bapa Ketika Mengandung & Impak Terhadap Peribadi Anak
  • Ibu bapa yg sering bergaduh ~ Anak menjadi ganas dan panas baran
  • Ibu bapa sering bersedekah ~ Hati anak akan lembut
  • Ibu mengidam benda pelik ~ Petanda tidak baik terhadap sikap anak
  • Ibu tidak meninggalkan solat ~ Anak mudah mendapat hidayah
  • Ibu bermain kayu tiga @ membuat maksiat ~ Anak menjadi penderhaka dan gemar melakukan maksiat
  • Ibu sering membaca Al-Quran ~ Dapat anak yang bijak
  • Ibu mengawal emosi ~ Anak soleh dan pandai mengawal keadaan

Cara Mendidik Anak Semasa Mengandung

  • Jaga solat wajib dan banyakkan solat sunat
  • Banyak mengamalkan zikir
  • Banyakkan membaca Al-quran
  • Mendengar muzik yang tenang
  • Membaca buku2 ilmiah
  • Menjaga adab
  • Menjaga emosi dan elakkan stress
  • Lakukan kerja2 ringan di rumah sebagai senaman ringan
  • Memakan makanan yg baik dr segi lahiriah ( berzat ) dan batiniah ( halal )
  • Elakkan sikap2 mazmumah
  • Sentiasa senyum dan banyakkan bersabar

Surah Bacaan Ketika Mengandung

  • Surah Al-Fatihah ~ Utk terang hati n kuat ingatan
  • Surah Maryam ~ Utk memudahkan bersalin n memperoleh anak yg sabar n taat
  • Surah Luqman ~ Utk memperoleh anak cerdik akal n cerdik jiwa
  • Surah Yusof ~ Utk memperoleh anak cantik rupa n cantik akhlak
  • Surah Al-Hujurat ~ Utk memperbanyakkan susu ibu n anak bersifat berhati2
  • Surah Yasin ~ Utk ketenangan hati n anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat
  • Surah Al-Tawbah ~ Utk membersihkan jiwa n terpelihara drpd maksiat
  • Surah Al-Nahl ~ utk melahirkan anak yg berdisiplin

p/s ~ " Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku " amin..

1 comments:

ABE KAREM said...

kalaula are ikut ape yg are tulis ni,yg baik2 ni..sejuk hati mak n arwah ayah...sejuk hati aku..kalau aku dapat aa lah...haha.tp mustahil,siapalah aku di matanya.