25 February 2011

2 Gemilang

Hari ini seperti biasa aku masuk ke kelas 2 gemilang..
Sebelum masuk ke kelas ni, persediaan fizikal dan mental kena kuat..

Bila aku melangkah masuk jer, ketua kelas da jerit.."Stand up class..!!"
Pastu dia jerit lagi "Good morning teacher..!!"

"Good Morning..??" jerit aku..
Pastu ada budak lain menyampuk..
"Good night laa.."

Aduyaiii..tepuk dahi aku..iyelah..aku masuk kelas tu tadi da pukul 6.00 petang..tak kanla nak ggod morning lagi..yang lagi sorang leh plak cakap good night..kamu nak tido da ke apa..sabor ajelah kan..huhu

Pastu seperti biasa, aku mengajar dan pastu suruh budak salin nota..
Pastu tiba2 budak yang cakap good night tadi panggil aku...

"Teacher..ni bahasa apa ni"..sambil tanganya menunjukkan tulisan aku di papan hitam..
"Bahasa jerman ke apa ni..??"
Bahasa Jerman ko cakap..aduhaiiii..
Aku pun ckapla.."Tu huruf R la.."
"Kenapa huruf R cikgu senget semacam"

Sabar ajela aku budak2 ni..

24 February 2011

Finally...:-)

Alhamdulillah..

Akhirnya penantian aku selama ni berakhir dengan berita gembira yang aku terima pada hari ini..
Dah lama sangat aku tunggu dengan penuh harapan..bertahun tahun lamanya..Hanya harini Allah makbulkannya..

Aku gembira sangat-sangat harini..

Harini aku dapat SURAT PENGESAHAN JAWATAN..!!

Hehehehe..mesti korang pikir lain kan..da lama tau aku tunggu nak dapat surat pengesahan jawatan ni..ni da masuk tahun ke 4 aku bekerja baru dapat..tadi kerani aku baru bagi surat tuh..

Alhamdulillah..so pasni lehla masuk ke skim pencen..tak perlu lagila nak potong kwsp tiap2 bulan..huhu

Pasni lehla nak plan beli rumah ke apa ke..:-)
Selagi tak sah jawatan tak boleh nak buat pinjaman perumahan kerajaan..
So pasni bolehla survey2 mana nak beli rumah..
ke nak kawen dulu baru beli rumah..?? :-p

21 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Hari jumaat haritu, sekolah aku telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Zainal dan seterusnya bacaan ayat suci A-Quran oleh adik Yusri dan tafsirannya dibacakan oleh adik Fadhlin daripada kelas 3 Arif..

Ni laa adik Yusri dan adik Fadhlin..cute je kan dua orang ni..mengaji pun pandai..sejuk perut mak yang melahirkan kalau dapat anak macam ni.

Majlis diteruskan dengan ceramah daripada Ustaz Kamal..Ustaz kamal menceritakan detik2 kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW..Antaranya diterangkan tujuan sambutan Maulidur Rasul diadakan iaitu sebgai mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Ustaz Kamal juga menceritakan peristiwa-peristiwa ganjil yang berlaku ketika kelahiran baginda..Antara peristiwa ganjil yang berlaku ialah terpadamnya api sembahan kaum Majusi yang telah beribu tahun tidak terpadam..



Inilah Ustaz Kamal yang semangat bercerita mengenai kelahiran Nabi Muhammad SAW..

Selepas ceramah, terdapat kuiz yang diajukan kepada murid-murid. Siapa yang dapat menjawab kuiz tersebut akan mendapat hadiah. So apa lagi berebut-rebutla murid2 tahun 2 dan 3 mengangkat tangan untuk menjawab soalan.


Sebelum itu diadakan juga sesi membaca selawat beramai-ramai..



Bersemangat murid2 ni membaca selawat..Comel2 je dia orang ni kan..agaknya masa kita kanak2 dulu pun macam ni kan..hehe


Ni pulak antara barisan guru2 sesi petang SKTPJ..comel2 kan..hehe

Nota Kaki :: "Sama2la kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW."

20 February 2011

My siblings

Sama tak muka kami..??
:-)

13 February 2011

Just say NO to Valentine's Day




Tanggal 14 februari setiap tahun pastinya ditunggu oleh setiap pasangan kekasih untuk bersama-sama menyambut Valentine's Day. Pastinya pada hari tersebut banyak agenda yang dirancang bagi menyambut hari tersebut.

Tetapi, sedarkah kita bahawa sambutan Valentine's Day ini adalah HARAM bagi seseorang yang bergelar seorang muslim. Jikalau anda adalah non-muslim tak kisahlah macam mana pun sambutan yang anda inginkan.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa HARAM menyambut Valentine's Day..

So, sebagai seorang muslim marilah kita sama2 mengatakan TIDAK pada Valentine's Day..

Nota Kaki :: "Jangan kerana hendak membuktikan cinta sejati kepada pasangan kekasih, anda sanggup membuang maruah diri..ingatlah.."



12 February 2011

Sharing is caring

Tiap-tiap bulan, kalau berkesempatan aku mesti membeli senaskah majalah solusi..
Majalah yang banyak memberi informasi berguna sebagai panduan kita sebagai seorang muslim..

Dalam isu no 28, isu yang dibincangkan ialah "Tanpa akhlak rosak ibadah"..

Dalam isu kali ini, terdapat 1 ilustrasi yang menarik minat aku..
Disini aku nak kongsi apa yang terdapat di dalam ilustrasi tersebut..
Semoga kita sama2 dapat manfaat dan panduan daripadanya..

  • Bila anak dah pandai melihat, tunjukkan kepadanya akan kebesaran ALLAH ( tentang kejadian langit, bumi, manusia dan sebagainya )

  • Bila anak dah pandai membaca, isikan mindanya dengan ayat suci AL-QURAN dan SUNNAH nabi SAW serta ilmu keislaman yang sebenar-benarnya.

  • Bila anak dah pandai mengira, ajarlah anak dengan nombor talian ALLAH, 2 4 4 3 4 , yakni kiraan rakaat solat 5 waktu sehari semalam yang wajib ditunaikan oleh orang islam.

  • Bila anak dah pandai cari makan sendiri, didiklah dan selalu ingatkan padanya agar mencari rezeki dan makanan yang halal, kerana hasil yang haram akan menjejaskan kehidupan sebagai orang islam.

  • INGAT..!! bila kita sudah mati nanti, anak-anak soleh yang kita didik inilah yang memberi manfaat kepada kita di alam barzah dan lebih-lebih algi di akhirat kelak, selain amal jariah yang kita lakukan semasa hidup.






11 February 2011

I'm addicted with Running Man


"Running Man (Korean: 런닝맨) is a South Korean variety show; a part of SBS's Good Sunday lineup, along with Heroes (영웅호걸). It was first aired on July 11, 2010. This show is classified as an "urban action variety"; a never-before-seen new genre of variety shows and will greatly involve the participation of viewers.[1] The MCs and guests are locked in a landmark during closed hours and are required to leave before opening hours. The first team to leave will win, while the losing team will be punished in the landmark.[2] It has garnered attention as being the come-back program for Yu Jae-suk, the main MC of the program, after leaving Good Sunday's Family Outing in February 2010.[3]"

**************************************************************************************

Haa..amik kau..siap cari kat wikipedia lagi tentang program nih..adik akula yang bertanggungjawab perkenalkan cerita nih kat aku..mula2 macam best ke citer nih..lepas tengok terus xmau berhenti..Running man ni ialah korean variety show..memang kelakar sangat..dia punya mc Yu Jae suk..


Pastu ada lagi artis2 jemputan dia..antara yang digeruni ramai ialah kim jong kook..jong kook ni yang paling digeruni ramai..sebab dia sangat kuat..kalau masa game sembunyi2 tuh dialah yang paling cepat sekali dapat tangkap orang..



Artis wanita yang memang selalu ada setiap episod plak ialah Song ji hyo..dalam game ni dia dengan gary digelar monday couple..memang kelakar sangat tengok gelagat dia orang nih..



Antara artis2 lain lagi ada ha-ha..song joong ki..ji suk-jin..lee kwang su..antara ramai2 nih joong ki la yang paling hensem...hehe suka sangat tengok dia nih..comel oo..:-p


Dalam game nih..mereka akan lawan untuk dapatkan running ball..kumpulan @ individu yang kalah akan dikenakan hukuman..kebanyakan hukuman depa ni kena pakai hot pants pastu jalan kat tempat2 awam..memang kelakar sangat..

Nota kaki :: da tengok 20 episod running man..da habis..adikku, cepat2la carikan lagi episod yang lain..tak sabar nak tgk lagi..















Gelagat anak2 muridku..

Menjadi seorang guru ni, banyak sangat cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi..bukan senang nak mendidik anak2 murid zaman sekarang..penuh dengan cabaran dan dugaan..kalau diri tak kuat, habisla jawabnya..

Mungkin pada tanggapan orang sekeliling, jadi seorang guru sangat senang..pada tanggapan sesetengah masyarakat, kerja guru ni rileks sebab kerja separuh hari..tapi realitinya hanya mereka yang bergelar seorang guru sahaja yang memahaminya..

Setiap hari perlu mengadap anak2 murid yang banyak sangat kerenah..kesabaran yang tinggi diperlukan untuk menghadapi kerenah mereka ni..aku sendiri kadang2 boleh hilang sabar..iyelah..bayangkanla..satu kelas average murid2 dalam 30-35 orang..setiap mereka mempunyai perangai yang berbeza2..

Ada yang pendiam..aktif..banyak cakap..hyperaktif..suka bergaduh..suka usik kawan..suka buli kawan..suka mengadu..suka bermain2 masa cikgu mengajar..selalu tak bawak buku..selalu tak siap kerja..dan macam2 lagi kerenah mereka..macam manala aku tak pening kepala..

Walaupun bermacam2 kerenah yang perlu dihadapi, aku suka..hehe

Meh aku citer cikit kerenah budak2 nih..

A) Kerenah 1
- Sebelum ni aku pernah citer pasal rubini nih..arini aku masuh kelas dia..aku suruh budak2 keluarkan exercise book dan salin kerja yang aku bagi di papan hitam..walaupun da berkali2 di suruh si rubini hanya buat tak tahu sahaja..dia dengan dunia dia sahaja..bila aku marah dia, dia hanya senyum menampakkan gigi2nya yang putih sambil mengembang2kan hidungnya sahaja...arghhhhhhhh..tensen gue..:-p bukan sekali tapi berkali2..setiap kali aku suruh dia keluarkan buku ke..suruh menulis ke..itulah reaksi dia..can you imagine it..???

B) Kerenah 2
- Dalam kelas yang lain..aku dan murid2 aku tengah buat exercise dalam activity book..so aku bincangkan jawapan bersama2 dengan budak2 ni..n then adala satu part ni jawapan dia chicken..so aku suruhla budak2 ni spell chicken..bila suruh 1 kelas eja betul ajer..sambil2 tu aku round2 la dalam kelas tgk ejaan mereka ni betul ke x..adala 2 3 orang yang eja salah..aku pun tegurlaa sambil membetulkan ejaan tuhh..walaupun aku da sebut ejaan yang betul berkali2 budak tuh masih xdapat tulis dengan betul..berkali2 aku ulang dengan sebut C H I C K E N....tak dapat2 jugak....arghhhh..marah sungguh aku rasa..suara aku da naik tahap apa pun aku xtahu da..aku rasa 1 sekolah boleh dgr kot..hehe

C) Kerenah 3
- Setiap kali aku suruh budak2 ni keluarkan buku..tak kisahla text book ke, activity book ker, exercise book ke..ada 1 ragam yang selalu yang nampak..benda ni jadi bila budak tu tak bawak buku..mereka ni akan berpura2 mencari buku dalam beg..bila aku tanya sape tak bawak buku..mereka ni akan berpura2 lagi seperti sedang mencari buku..padahal aku tahu da mereka ni sah tak bawak buku..apa lagi menjeritla aku..xpayah nak berlakon lagi..!! :-p

Walaupun mcm2 ragam dan kerenah..budak2 yang masih kecik ni tak akan menyimpan dendam walaupun selalu dimarahi oleh guru2 mereka..iyelah..kita marah pun untuk kebaikan mereka..bukan saje suka2..dan 1 perkara yang aku suka..kalau kita sampai ke tempat parking ada aje yang berlari2 ke kereta kita nak tolong angkatkan beg..kadang2 sampai berebut2..sampaikan aku pernah bergurau dengan mereka..

"meh cni..tolong angkatkan teacher masuk kelas.." :-p


01 February 2011

Rumah Mcsue banjirr..

Hujan yang berterusan menyebabkan banyak tempat dinaiki air aka banjirr..
Kesian aku tengok mangsa2 banjir ni..
habis harta benda semua..

Antara mangsa banjir yang aku tahu ialah meksu..
Rumah sewa dia kat segamat habis dinaiki banjir..
Kesian kamu meksu..dahla sekarang ada kat kampung..
So takde apa yang dapat diselamatkan..

Bila dia tag gambar kat aku kat fb..
OMG..sikit lagi tinggal bumbung jerr..
Aku penah gi rumah sewa dia kat segamat ni..
Tak sangka plak boleh banjir teruk macam tu sekali..
Sabarla ye sue..dugaan dr Allah..
So..layan gambar yer..














Nota kaki :: so kawan2..jom lancarkan tabung bantuan mangsa banjir buat meksu..hehe