12 February 2011

Sharing is caring

Tiap-tiap bulan, kalau berkesempatan aku mesti membeli senaskah majalah solusi..
Majalah yang banyak memberi informasi berguna sebagai panduan kita sebagai seorang muslim..

Dalam isu no 28, isu yang dibincangkan ialah "Tanpa akhlak rosak ibadah"..

Dalam isu kali ini, terdapat 1 ilustrasi yang menarik minat aku..
Disini aku nak kongsi apa yang terdapat di dalam ilustrasi tersebut..
Semoga kita sama2 dapat manfaat dan panduan daripadanya..

  • Bila anak dah pandai melihat, tunjukkan kepadanya akan kebesaran ALLAH ( tentang kejadian langit, bumi, manusia dan sebagainya )

  • Bila anak dah pandai membaca, isikan mindanya dengan ayat suci AL-QURAN dan SUNNAH nabi SAW serta ilmu keislaman yang sebenar-benarnya.

  • Bila anak dah pandai mengira, ajarlah anak dengan nombor talian ALLAH, 2 4 4 3 4 , yakni kiraan rakaat solat 5 waktu sehari semalam yang wajib ditunaikan oleh orang islam.

  • Bila anak dah pandai cari makan sendiri, didiklah dan selalu ingatkan padanya agar mencari rezeki dan makanan yang halal, kerana hasil yang haram akan menjejaskan kehidupan sebagai orang islam.

  • INGAT..!! bila kita sudah mati nanti, anak-anak soleh yang kita didik inilah yang memberi manfaat kepada kita di alam barzah dan lebih-lebih algi di akhirat kelak, selain amal jariah yang kita lakukan semasa hidup.






0 comments: