21 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Hari jumaat haritu, sekolah aku telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Zainal dan seterusnya bacaan ayat suci A-Quran oleh adik Yusri dan tafsirannya dibacakan oleh adik Fadhlin daripada kelas 3 Arif..

Ni laa adik Yusri dan adik Fadhlin..cute je kan dua orang ni..mengaji pun pandai..sejuk perut mak yang melahirkan kalau dapat anak macam ni.

Majlis diteruskan dengan ceramah daripada Ustaz Kamal..Ustaz kamal menceritakan detik2 kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW..Antaranya diterangkan tujuan sambutan Maulidur Rasul diadakan iaitu sebgai mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Ustaz Kamal juga menceritakan peristiwa-peristiwa ganjil yang berlaku ketika kelahiran baginda..Antara peristiwa ganjil yang berlaku ialah terpadamnya api sembahan kaum Majusi yang telah beribu tahun tidak terpadam..



Inilah Ustaz Kamal yang semangat bercerita mengenai kelahiran Nabi Muhammad SAW..

Selepas ceramah, terdapat kuiz yang diajukan kepada murid-murid. Siapa yang dapat menjawab kuiz tersebut akan mendapat hadiah. So apa lagi berebut-rebutla murid2 tahun 2 dan 3 mengangkat tangan untuk menjawab soalan.


Sebelum itu diadakan juga sesi membaca selawat beramai-ramai..



Bersemangat murid2 ni membaca selawat..Comel2 je dia orang ni kan..agaknya masa kita kanak2 dulu pun macam ni kan..hehe


Ni pulak antara barisan guru2 sesi petang SKTPJ..comel2 kan..hehe

Nota Kaki :: "Sama2la kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW."

0 comments: