28 October 2010

28.10.08 - 28.10.10

Hari ini genap dua tahun arwah ayah pergi meninggalkan kami semua..
Masih segar dalam ingatan aku hari itu..
Hari ayah pergi meninggalkan kami..

Dua tahun yang lepas pada tarikh yang sama..

Aku berada di seremban..Baru semalam aku sampai dari kampung menziarahi ayah yang sakit dan tidak bermaya untuk bangun dan berjalan lagi. Ayah hanya baring dan tidur. Tidak lagi banyak bercakap walaupun ramai yang datang menziarahi melihat keadaan ayah. Dalam hati aku memang risau sangat melihat keadaan ayah tapi tak ada apa yang mampu aku lakukan. Aku hanya mampu untuk melihat dan sesekali memicit kaki dan badan ayah yang membengkak akibat daripada penyakitnya. Untuk pengetahuan semua ayahku menghidap penyakit hati ataupun hepatitis a. Penyakit yang sebenarnya banyak meragut banyak nyawa tanpa kita sedari.

Kalau ikutkan hati, aku memang tak nak pulang ke seremban kerana risaukan keadaan ayah. Tapi aku tidak sempat untuk memohon cuti kerana kebetulan ada hari jumaat tersebut sekolahku agak sibuk dengan majlis perpisahan. Dengan berat hati aku pulang juga ke seremban dan esoknya aku ke sekolah seperti biasa. Pagi itu semasa perhimpunan aku sempat bercerita dengan salah seorang rakan setugasku mengenai keadaan ayah. Semasa di kampung tempohari, emak aku ada bercerita padaku. Katanya, ayahku memberitahunya yang dia melihat ada orang datang melawatnya pada tengah malam selama tiga malam berturut-turut sebelum ayahku meninggal. Ayah aku cakap mereka datang dan menggosok-gosok perut ayahku yang sakit untuk mengurangkan kesakitan yang ayah aku alami.

Emak yang mendengar cerita itu daripada ayah menganggap ayah aku hanya bermimpi kerana emakku sentiasa menemani ayahku setiap malam disisinya. Bila emak ceritakan padaku, aku jadi takut pulak. Dalam hati aku ( hantu ker..huhu ntah paper je kan ). Tapi lain pula bila aku ceritakan pada sahabatku. Sahabatku membuat andaian itu adalah malaikat maut yang datang untuk melihat ayahku. Bila dia cakap macam tu, terus aku rasa takut. Tapi disebabkan selepas itu aku sibuk dengan murid2ku yang menghantar buku teks aku jadi terlupa mengenai perkara tersebut.

Selepas aku meyelesaikan urusanku dengan murid2ku, barulah aku teringat untuk melihat handphoneku di atas meja guru. Aku lihat terdapat beberapa missed called and mesej. Lantas aku melihat siapa pengirimnya. Rupa-rupanya adik-adikku yang cuba untuk menghubungi aku dari tadi untuk memberitahu aku keadaan ayah yang tidak sedarkan diri dari pagi tadi.

Terus aku menjadi kelam kabut tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku segera ke pejabat untuk mencari gpk yang ada untuk memohon cuti tetapi tiada seorang pun gpk di pejabat. Lantas aku mencari2 mereka di kelas dan aku terjumpa k.shidah gkp1 aku. Apabila aku melihat sahaja muka k.shidah aku terus menangis sebab aku tak dapat nak menahan lagi perasaan sedih aku bila adik aku memberitahu yang ayahku tidak sedarkan diri. k.shidah membenarkan aku pulang tetapi di dalam kepalaku pening memikirkan bagaimana aku mahu pulang ke terengganu pada saat itu. Pada ketika itu aku masih lagi belum mempunyai kenderaan.

Aku terus ke bilik guru untuk mengambil barang-barang aku disana. Kebetulan aku bertemu dengan k.zainipah dan dia bertanya mengenai keadaan aku yang sedang menangis. Lantas aku ceritakan semuanya. Dia lantas memeluk aku untuk meredakan kesedihan aku tika itu. Ketika itu aku teringat akan abglong aku yang berada di shah alam.Lantas aku menelefon dia dan dia menyuruh aku ke shah alam dan kami boleh pulang ke kampung bersama. K.zai menghantar aku pulang ke flat untuk mengemas baju dan dia jugalah yang menelefon teksi untuk menghantar aku ke shah alam. Dia juga sempat meminjamkan aku duit untuk kegunaanku nanti. Aku sangat2 menghargai kesudian k.zai yang telah bersusah payah menolong aku.

Sepanjang perjalanan ke shah alam, adikku asyik bertanya aku sudah sampai mana. Ini kerana keadaan ayah aku ketika itu sudah kritikal. Kuman sudah berjangkit hingga ke kepala dan menyebabkan ayah aku tidak sedarkan diri. Aku hanya mampu menyuruh pakcik pemandu teksi tersebut memandu keretanya selaju yang boleh. Pada ketika itu, hanya aku, abg long dan adikku na yang berada di johor yang tidak ada disisi ayahku. Aku hanya mampu berdoa agar aku sempat berjumpa dengan ayahku buat kali terakhir. Namun doaku tidak dimakbulkan. Sedang aku berada di dalam toilet di stesen minyak di shah alam adikku menelefon aku dan memberitahu yang ayahku sudah tiada lagi. Aku hanya mampu menangis di dalam toilet itu sementara menunggu abangku datang menjemputku.

Aku bersama abang, kakak iparku dan anak saudaraku pulang menuju ke terengganu. Apabila tiba di kampung, aku lihat sudah ramai orang kampung dan ahli keluargaku yang berada dirumahku. Aku lantas menuju ke dalam rumah dan aku lihat sekujur tubuh kaku ayahku berada di atas katil. Kakakku lantas memeluk aku untuk menenangkan aku. Aku terus mengambil wudhuk dan membaca yasin seberapa banyak yang aku boleh baca. Aku sempat untuk melihat bagaimana ayahku dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Aku juga sempat untuk mengucup dahinya buat kali yang terakhir. Ayahku dikebumikan selepas adikku yang berada di johor sampai. Sempatlah dia menatap wajah ayahku buat kali terakhir walaupun kami tak sempat untuk berada disisinya di saat ayahku menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saat ayahku disembahyangkan, aku terharu melihat saf dibarisi oleh anak2 saudara ayah yang memang ramai. Segala urusan pengebumian dari awal hingga akhir semuanya diuruskan oleh saudara2ku yang hadir.

Kami adik beradik perempuan hanya memandang dari jauh saat ayahku dikebumikan. Kata orang tak elok perempuan berada dekat ketika jenazah dikebumikan. Hampir magrib barulah selesai urusan pengebumian tersebut. Lantas kami meninggalkan kawasan perkuburan yang semakin sepi.

Daripada cerita2 yang adik beradikku sampaikan..pagi itu keadaan ayahku tidak berapa baik. adik perempuanku yang menolong ayahku mengambil wudhuk perasan kelainan pada kaki ayahku yang menjadi lurus(antara tanda2 kematian semakin hampir) tetapi dia tidak menyedarinya. Ayahku juga ada menyebut supaya cepat menyiapkannya untuk ke hospital kerana katanya ada yang sedang menunggunya. Siapa sangka kan..Banyak tanda2 yang terjadi tetapi kita manusia hanya menyedarinya bila mereka telah tiada lagi.

Aku menulis disini supaya cerita ini aku tak akan lupakan sampai bila-bila..
Aku mahu kenangan ini sentiasa melekat diingatanku..
Aku mahu kenangan ini menjadi kekuatan untuk aku melayari hari2 yang mendatang..
Aku tak mahu melupakan kenangan ini..

Kalau aku diberi peluang sekali sahaja lagi untuk bertemu ayahku, hanya satu sahaja yang aku mahu ucapkan..
"Aa sayang ayah sangat sangat. Terima kasih sebab membesarkan aa menjadi insan yang berguna"

p/s::hargailah kedua orang tua anda selagi mereka masih ada di dunia ini. jangan menyesal jika mereka telah pergi meninggalkan anda suatu hari nanti. ingatlah hari itu pasti hadir. hanya dia yang maha mengetahui bila ajal kita akan tiba..

23 October 2010

Insya Allah ~ Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

20 October 2010

Thank You ALLAH

I was so far from You
Yet to me You were always so close
I wanna love in the dark
I close my eyes
To all the signs
You put in my way
I walked the day
Further and further away from You
Oh...
Allah...
You brought me home
I thank You
With every breath I take

Alhamdulillah
Our praise is to Allah

I never thought about
All the things You had given to me
I never thank You once
I was to proud
To see the truth
And prostrate to You
Until I took the first step
And thats when You opened the doors for me
And now Allah I realized what I was missing
By being far from You

Alhamdulillah
Our praise is to Allah

ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
And indeed You give me hope

Oh ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
I wanna thank You
For bringing me home

Alhammdulillah
Our praise is to Allah

:-(

saya sedih..
sangat sangat sedih..
kenapa takdir hidup saya selalu macam ni..
ya allah..aku bukan hambamu yang tidak bersyukur..
tapi aku hanyalah hambamu yang lemah..
hambamu yang selalu tewas dengan dugaan hidup..

ya allah..
hanya padamu aku mengadu..
engkau maha mendengar ya allah..
aku tahu ya allah..
engkau turunkan ribut petir dan hujan..
sebab engkau hendak berikan kami pelangi yang indah..

aku akan menantikan 'pelangi' itu hadir dalam hidupku..
itu janjiku ya allah..

19 October 2010

For the rest of my life..

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

p/s: bahagianya kalo ada org dedicate kan lagu ni utk saya..:-)

18 October 2010

Dugaannn..

Minggu ni aku rasa minggu penuh dugaan untuk aku..
Hari ni pulak soalan aku yang hantar untuk di riso..hilanggggg...!!!
ohh..tidakkk..dahla penat2 aku wat soalan tu..menampal gambar lagi..
takkanlah nak kena buat balik..

Memangla ada soalan 2 dalam pendrive..
tetapi yang lecehnya bila nak kena tampal2 gambar..
nak gi cari ketua panitiaa nak tdtangan..
cari gpk plak nak tandatangan lagi..aduyaiii..
dugaan betullaa..

sabar albaina..sabarrrr

17 October 2010

stress


kenapa kita selalu stress?

Ada orang stress sebab kerja..
Ada orang stress sebab jalan jem..
Ada orang stress sebab masalah dengan pasangan..
Ada orang stress sebab anak nakal..

Macam2 sebab kita boleh stress..
Aku pun stress ker..?

Takdela stress sangat..cuma bengang jer..tak sama kan..huhu

Kejadian ni berlaku dua hari lepas. Kejadian apa biarla rahsia. Tapi disebabkan kejadian itu aku marah sangat2. Sampai sejuk2 badan aku. Jantung rasa macam baru lepas berlari. Tak pernah rasanya aku marah sampai macam tu sekali. dan disebabkan itu jugak malam tu aku tak boleh tidur. terngiang2 dikepala aku pasal benda tu.

Biarlah..benda da jadi..tak boleh diundurkan lagi masa tu..belajar daripada pengalaman..lepas ni jangan ulangi kesilapan yang sama. betul tak? kita manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan. cuma kita janganla ulangi kesilapan yang sama..bak kata pepatah..jangan sampai pisang berbuah dua kali..

Kadang2 aku terfikir..kenapa manusia mudah melupakan kebaikan yang pernah orang berikan pada kita..kenapa manusia susah untuk berterima kasih..kenapa budi yang diberi selalu dibalas dengan tuba..kenapa dan kenapa..?

Kadang2 kebaikan yang kita berikan dibalas dengan kejahatan..bersabarla..kalo kita sabar, ikhlas..Allah yang akan balas kebaikan itu..

Tapi yang pastinyaaa..aku bengang sama kamuuuuu..:-p


Novel

Buat pengetahuan semua aku ialah peminat setia novel. Kenapa?

Ntahlaa..tapi dari zaman sekolah menengah lagi aku suka baca novel. Dulu2 pinjam dengan kawan jela sebab tak mampu lagi nak beli. Yela, zaman sekolah menengah dulu manala ada duit lebih nak beli2 novel ni. duit belanja pun mak yang kasi..huhu

Minat aku pada novel menyebabkan aku tak kisah keluarkan duit untuk beli novel tiap2 bulan. sejak2 da bekerja nila..kalau zaman2 belajar dulu takdela tiap2 bulan beli kan. takde budget..huhu

So, untuk bulan ni jer aku ada beli 3 buah novel. Sebabnya aku boring giler hujung2 minggu tak tahu nak buat apa. Nak kuar pun aku bukan ada geng sangat. Macam arini, aku terperap je kat rumah. tak kuar lansung. So untuk hilangkan boring aku, aku belila novel banyak2. Aku boleh mengadap baca novel tu berjam2 tanpa rasa jemu. kadang2 satu malam aku boleh habiskan. aku jugak sanggup tak tido malam semata2 nak habiskan novel tu..

Novel apa yang aku beli bulan ini..?? Tadaaa..hehe
  1. Antara benci dan rindu ~ Ida Farisya




  2. Untuk Awak Teja Aulia ~ Syud




  3. aA+bB ~ Hlovate
Ketiga2 novel ni aku suka sangat..banyak lagi koleksi novel2 yang aku ada. biarlah orang nak cakap aku jiwang ke apa ke..bak kata azuwan ali.."ada aku kisah" ..haha kurang2 masa hujung minggu ku terisi..xdela gi melepak tak tentu hala kan..

Tak sabar nak tunggu gaji..sebabnya nak gi beli novel baru lagi..huhu

07 October 2010

Raya2010..

Esok da last syawal..pastu da nak masuk zulkaedah..pastu zulhijjah..walaupun da terlambat dan da basi da nak cerita pasal raya, aku nak citer jugak..huhu baru ada mood nak bercerita..

Aku balik seminggu sebelum raya. kebetulan cuti sekolah. dapat jugak aku merasa berpuasa di kampung dengan family. iyelah duk seremban asyik berbuka sorang2 kan. tak seronok lansung. bila da kat kampung barula seronok. kebetulan adik2 aku suma balik.cuti semester. so riuh rendahla kami suma. mak aku pun hepi. yelah sebelum ni dia dengan abang aku je kat rumah. sudah pastilah bila kami ramai2 balik meriahla rumah tu.

Sempat jugalah aku buat kuih raya 3 4 jenis. walaupun xsedap pun.haha. aku kan tak pandai masak. so ikut jela buku resipi. ngeh3x bolehla kan.puas hati leh wat kuih raya. baru perasaan nak raya 2 lebih ckit.

Tahun ni menu kami di pagi raya memang sangat banyak. nak tahu apa dia...jeng..jeng..jeng
  1. nasi impt + kuah kacang
  2. nasi minyak + gulai daging
  3. laksa penang
  4. sate
  5. rendang ayam
  6. ketupat palas
  7. kuih muih+kek+puding
haaaa..banyak kan..suma pun mahu makan.suma tu kami adik beradik n mak masak sendiri.kakitangan ramai.yelaa adik beradik perempuan 5org+kak ipar+mak..semua sekali 7org perempuan. tu pun macam xcukup kakitangan lagi wat keje..hahaha

Aktiviti di pagi raya seperti biasala. kami ke masjid dulu untuk solat sunat aidilfitri. elok je kami duk sebaris adik beradik dalam masjid tu.pastu masa salam makcik2 yang datang pun tegurla.biasala adik beradik ramai kan. lepas balik dari masjid kami ke kubur arwah ayah. da dua tahun beraya tanpa ayah. sedih memang sedih tapi pendam je dalam hati. alangkah bestnya kalau ayah ada lagi..:-(

Balik dari kubur kami buat sesi bersalam salaman dan sesi memberi duit raya.nasib baik aku pun dapat duit raya.akak aku bagi.huhu merasa gak dapat duit raya.tapi xaci abang aku xkasi.katanya da bekerja xpayah..huhu sedih2..masa ngah salam2 tu family pakcik aku datang.ramai pulak tu.so cepat2 salam pastu layan dia orang..

sedihnya raya pertama xde sorang pun kawan aku datang.nampak sangat xde ramai kawan.huhu yang datang kawan adik2 aku n kawan abang.so layan dia orang jela.ramai plak tu.kiranya lakula makanan yang disajikan..hehe

da petang2 cikit baru aku gi beraya dengan.dua buah rumah je.esoknya kami balik kampung..rumah nenek belah mak..so yang tu nanti2la plak aku cite..penat da menaip..huhu

so..kita layan gambar jap..gambar sama je kat fb..xleh nak amik gmbr dr handphone..nape ntah








Busy

Sudah lama aku tak update blog ni. Bukan apa, macam tak ada mood saje nak menulis. Padahal banyak je benda yang aku nak cerita dan kongsi dengan semua. Esok da last syawal. Esok jugak ada Sambutan Hari Raya kat sekolah aku. Memang menutup bulan syawal la jawabnya.

Sekarang aku tengah sibuk buat soalan. 25hb-29hb oktober ni sekolah aku da start peperiksaan akhir tahun. Bayangkan kali ni aku kena buat 3 paper ( sains, p.moral dan p.jasmani ) . Pening kepala aku fikir nak buat soalan ni. Tapi alhamdulillah, malam ni aku da berjaya buat paper yang kedua. Tinggal lagi satu paper. Nantila dulu...esok-esokla aku buat plak..huhu

okla..malam da larut..aku mahu tidur..nanti2 cerita lagi..tata

31 August 2010

Hari Merdeka ke 53

Salam Kemerdekaan yang ke 53 buat semua..
Tanpa kita sedari..
Negara kita telah merdeka selama 53 tahun..
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Diharapkan kita semua akan merdeka jiwa dan raga kita..

Bulan Ogos ini jugak..
Birthday mak..abang n adik aku..
So..happy birthday mak! Happy birthday Abang cik! Happy birthday Solah!
Semoga panjang umur..:-)

30 August 2010

Kenangan Bulan Ramadhan..

Masuk aje bulan ramadhan..mesti aku teringat kenangan dengan arwah ayah aku yang sudah pergi meninggalkan kami hampir 2 tahun yang lepas..Masih teringat lagi masa tu hari pertama puasa..tahun 2008..
Biasala..da nama hari pertama puasa..masak pun macam2 laa..aritu kami masak nasi ayam n akak ipar aku buat puding berkuah..makan memang banyakla masa berbuka 2..pastu kami ramai2 gi surau untuk terawih..kami jalan kaki ajer..arwah ayah aku naik motor..dekat je kan..
pas habis terawih kami pun baliklaa..masa tula aku nmpak arwah ayah aku laju jer bawak motor..macam ada benda xkena kan..so kami pun balik cepat2la..
Balik2 tu tengok ayah aku da terbaring..dia cakap dia rasa xselesa kat dada..mak aku pun urut2la..pastu ayah aku cakap nak muntah..pergila bawak masuk toilet..sampai2 je kat toilet terus ayah aku muntah..yang aku terkejut sangat2 bila muntah yang keluar 2 darahhhh..banyak yang amat sangat..penuh lantai kat toilet 2 dengan darah..mak aku dan menjerit2 da..abang aku da pegang ayah aku..takut pengsan..aku n adik2 yg lain da panik..xtahu nak buat apa..
Lepas 2..mak aku da nangis2..cakap ayah aku nak matila..merapu2la..biasala ngah gabra kan..xpenah2 jadi mcm 2 kat ayah aku..terus siap2 nak bawak ayah aku gi hospital..aku pun pergi sekali..masa dalam kereta 2 aku da nangis2 da..yelaa..masa dalam kete 2 pun ayah aku still muntah2 lagi..takut sangat2 masa 2 kalo ayah aku pergi masa tu..sampai2 hospital..terus pergi kat tempat emergency..naik kerusi roda ayah aku muntah2 lagi..penuh darah dari pintu depan wad kecemasan 2 sampaila dalam bilik rawatan 2..
Masa kat dalam 2 pun still kuar lagi darah tuhh..mak aku da telefon sedara2 aku..adik beradik ayah aku..masa tu memang aku sangat2 takut..takut hilang ayah aku..lama ayah aku kat dalam 2..pukul berapa baru ayah aku dipindahkan kat wad..so berhari2 aku n mak aku jaga ayah aku kat hospital..xbalik2 dari malam tuhh..yelaa..xkan nak tinggal mak aku sorang..nasib baikla masa tu kat hospital kuantan xde masalah nak jaga ramai2..masa tu tido pun kat tepi2 katil 2 jelaa..memang kenangan sangat jaga ayah aku kat hospital masa 2..masa 2 aku xkeje lagi..so terpaksala duk wad 3 jer..sedih sangat masa 2..
Macam2 kenangan masa kat hospital 2..masa 2 la hp aku hilang masa tengah charge..kenapala pencuri 2 xamik aje dengan charger2 sekali..huhu..merasala jgak puasa n sahur kat hospital..ayah aku duk hospital dekat 2 minggu jgak..2 kejadian 2 tahun lepas..masa mula2 ayah aku sakit..lepas kejadian 2 ayah aku sering sakit2..selalu masuk hospital..sekarang ayah aku da xde..da kembali ke rahmatullah..sedih sangat xsempat nak balas jasa ayah aku..raya tahun ni tahun ke 2 ayah xde..sedih sangat2..
Ayah..aa sentiasa doakan ayah bahagia di sana..amin

Salam Ramadhan

Hari ini da 20 hari kita semua umat islam berpuasa..
Kejap je da masuk hari ke-20..
Maknanya da masuk 10 hari terakhir bulan ramadhan..
Hari dimana Lailatulqadar yang dijanjikan untuk semua umat islam..
Rugi rasanya kalau kita tidak merebut peluang ini..
Untuk sama-sama mencari malam ini..
Oleh itu..rakan-rakan semua..
Jom kita sama2 memperbanyakkan amalan..
Jangan kita abaikan peluang ini..
Ramadhan tahun depan belum tentu kita bertemu dengannya..

18 July 2010

~ Majlis Persaraan Cg.Yusof ~

Minggu lepas sekolah kami mengadakan Majlis Persaraan buat Cg Yusof dan juga majlis perpisahan buat Pn.Rashidah yang akan mengikuti suaminya bertugas di paris sebgai duta tetap malaysia di UNICEF..

bestnyerr kak leh duk paris 3 tahun..huhu

Kagum sangat dengan cg yusof sebab berjaya berkhidmat sebagai seorang guru sampai usia 58 tahun..
Aku ni belum tentu lagi dapat sampai usia 58 tahun sebagai syarat wajib bersara jabatan kerajaan..
kalau panjang umur dapatla aku bersara pada umur 58 tahun..ada lagi 32 tahun..wahhhh..lamanya lagi..hehe

Kami cikgu2 sesi petang membuat sedikit jamuan untuk cg yusof..so buat pot luck laa..mcm biasa..kali ni xde mkn2 nasi sbb cg yusog xmkn nasi waktu petang..so kami watla hi tea..ala2 kat hotel la plakk..

Macam-macam ada..

Ada yang bawak nasi lemak kukus+sambal sotong..karipap..bihun goreng yg di sponsor oleh makcik kantin..roti jala n kari ayam..popia basah..kuih muih n buah2..n tidak lupa air yg disediakan oleh cg zainal..terbaikkk punyaa...hehe

Lepas hbis jamuan..ada acara kat dewan..sayu plak bila tgk anak2 muridku suma bersalam salaman dgn cg yusof buat kali terakhir sambil diiringi oleh nyanyian lagu pertemuan dan perpisahan..backup singer nyer sape lagi kalo bkn k.azura n k.masura..lagu sedih leh jadi gembira gara2 akak berdua ni nyanyi..hehehe







da hbis sesi bersalam2 man..murid2 tahun 2 n 3 beratur sepanjang jalan smpai ke pntu pagar depan..cg yusof naik motor berkuasa besar dgn cg ismady..klakar plak masa nihh..

budak2 tahun 2 membuat aksi menangis beramai2..mula2 aku tgk pun rasa sedihh..tp lama2 aku rasa kelakar la plakkk..beria2 bdk2 ni menangis..yg xmenangis tuh mengejek kwn2nyer yg menangis..sampai teresak2 laa depa nih nangiss...huhuhu

esoknya majlis untuk sesi pagi plak..pastu jamuan utuk cikgu2 pada tengaharinyaa..masa ni cg yusof dan isterinya pun dtg sekali..romantik btul pasangan nih..masa belah kek siap kiss2 lagi..huhu..bagus betul depa wpun da tua2 ni kan..nampak bahagia ajer..

pastu sesi send off..naik alphard ko..jeles gue..hehe
kete 2 cg sekolah aku yg punya..kayo ko cg nihh..hehe
o pas da salam2..peluk2..baling2 bunga rampai seround..tiba masanya utk cg yusof balik..
sedih jgak..sob..sob..sob..






Buat cg yusof..selamat bersara..kalau panjang umur kita jumpa lagi..
Jasamu akan sentiasa kami kenang..sayonaraaaa...

17 July 2010

~ Special 4 u diRa ~

dR..
walaupun wedding ko da lama berlalu..
da basi da pun..
aku br nak masukkan gmbr ko dlm blog nih..
xkiralaa..aku punya blog..
aku punya sukala kan..hahaha
gurau k..jgn mare2..nnti kena jual..:-p
aku rasa belum terlewat lagi..
nak ucapkan selamat pengantin baru..
selamat menempuhi alam perkahwinan..
alam yg penuh dengan dugaan dan cabaran..
namun itu semua boleh diatasi..
kalau masing2 menjalankan tanggungjawab..
dengan penuh kejujuran..
aku doakan..
kalian berdua sentiasa bahagia..
untuk selamanya..
hingga akhir hayat..
ko tetap kawan baik aku..
selamanya..
aku sayang sama kamu..:-)









Rindu kamu..

ni arwah ayah aku..
rindu sangat kat ayah..
da hampir 2 tahun ayah pergi..
meninggalkan kami semua..
xsama da hidup kami..
bila ayah xde..
ayah..rindu sangat kat ayah..!!

~Women and lollipops~

Artikel ni aku dapat drpada laman web http://www.iluvislam.com..
kat dalam ni banyak sangat artikel2 yang membantu dan berguna utk panduan idup kita semua..
artikel ni aku rasa sangat bagus untuk panduan kepada semua kaum perempuan..

~ Women and Lollipops ~

" A Muslim woman, when they look into the mirror, they make sure they cover their aurah, they wear properly just to please Allah! Yeah! We are so unlike those women in the street who try very hard to attract men! Anyway, what for?...

Dear women, your beauty is exclusive.

YOU ARE NOT A DOLL - Being played by innocent HANDS up to " EVIL ONES' HANDS"...

YOU ARE NOT GONNA LET PEOPLE JUDGE YOU as to what they see that might be wrong as you are not contented with what you seem to be!

YOU ARE YOU! And yeah, God knows that and isn't that enough??? Do you still need people to tell you that you are pretty by exposing yourself?!

Trust me! You don't have to do that...


LOLLIPOPS

Here's a few lollipops for you...


You are unlike those unwrapped lollipops that will get rotten sooner or later, but you are like those lollipops that are nicely wrapped. People wanted to have lollipops and they surely not gonna buy those unwrapped ones. They surely wanted to have the 'wrapped' ones. It's just that they really have to put on some efforts to have the 'wrapped' lollipops because they are more 'expensive' than those 'unwrapped' lollipops...

You are not gonna to buy the unwrapped one, are you???...


Bear this in mind,

" YOU ARE BEAUTIFUL"

YES. YOU AND I KNOW THAT.

SO WE DON'T NEED ANYBODY TO TELL US WHAT 'BEAUTY' IS.

FOR 'BEAUTY' IS TOO SUBJECTIVE.

LET ME TELL YOU THAT EVERYONE IS BEAUTIFUL. YES! EVERYONE.

SO, ISN'T THIS ENOUGH?

PLEASE...LOVE YOURSELF

BE THE WRAPPED LOLLIPOPS,
NOT THE UNWRAPPED ONE..!!!



tag dr linz

xsangka aku linz nak tag aku buat benda alah ni..aku xpenah pun buat benda2 tag2 nih linz oii..haha..papepun sbb ko da tag aku buat laa..kih2

1.adakah anda rasa anda hot?
hot..?mcm hot fm tuhh ekk..hehe

2. upload wallpaper yang anda gunakan skrg?
aku lupala mcmner nak buat print screen..sesape leh ajar aku..ngeh3

3. cerita pasal wallpaper tersebut
da xde wallpaper nak citer apa lg minah oii..

4.Bila kali terakhir anda makan pizza?
errr..pizza yerr..masa cuti sek aritu..tapau mkn rmai2 kat rmah

5. lagu paling latest yang anda dengar?
lagu..?lagu apa ekk..xingtlaa..lagu kat tb3 ni kot..lagu citer janji kekasih

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni...
tgk cerekarama kat tb3..saham neraka ke tajuk dia..fuhhhh

7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
albaina..baina..lebai( ni linz suka beno pngil mcm nih..xsesuaiii tauu )..aa..al..bai..na..

8. tagged lagi 5 orang
1.dR
2. ieta
3. yien
4. lina
5. karim

SOALAN BAWAH NI BERKAIT RAPAT DENGAN ORANG YANG ANDA TAG..

9. Siapakan orang no.1 kepada anda
housemate masa kat kustem

10. katakan sesuatu kepada orang no.5..
xtahula karim ni ada blog ke x..aku xtahu nak suruh sape daa..karim ko wat jela tag ni kat mana2 yer..hu2

11.no 3 ada hubungan dengan sape?
da kawen da..br jer kawen..

12.bagaimana dengan no.4 lak?
dia ni aku kenal dr tadika lagi..1 kg dgn aku..huhu

13. berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
1-housemate masa kat kustem dulu
2-aku punye driver masa kat kustem..kih2
3-pandai buat programming..xmcm aku..:-p
4-rumah dia best giler..bila nak gi rmh ko ni lg lin.
5-xkawin lg mcm aku..ahahahaha

18.adakah anda tau razman itu sengal?
sape razman nih..glemer sgt kerr..aku xkenal pun..huhu

19. gay or less?
best ke dua2 tuhh..

09 July 2010

Anak2 buahku..

Sedar tak sedar aku da ada tiga orang anak buah atau pun anak sedara..n coming soon tambah lagi sorang..seronok ada nak buah ni..yelaa..adik-adik aku suma da besar..bila ada budak2 kecik kat rumah ni meriahla ckit..ehh..meriahla banyak bukan ckit..

Anak buah pertama aku anak abang aku yang no 2..siapakah ia..? huhu..

okeh..anak buah yang pertama Muhammad Arif Haikal..lelaki..da tiga tahun daa..sangat suka bercakap..kalau naik kereta dengan dia ni mulut dia xkan berhenti bercakap dan bertanya sepanjang ko naik kereta tuhhh..fuhhhhhhhh..jenuhla nak melayan..tapi seronok..aku panggil dia arif..kadanh2 ayehh..ikut suka nak sebutlaa...aku bahasakan diri aku kat dia ummi..yelaaa..nak ada anak sendiri xtahu lagi bila..so saje jela berangan jadi emak orang jap..hehe..




Arif ni sangat suka mengikut ke mana ajer orang pergi..pantang dia nampak aku iron baju cepat je dia tanya..

"ummi nak pergi mana..?"..
"nak ikut.."

Aku memanglaa xsampai hati nak tinggalkan dia..pernah kalo aku nak balik seremban dia pun nak ikut..mak aku ckplaa ummi nak balik seremban..pastu dia nangis n mengamuk sebab nak ikut aku..tapi xdapekla nak bawak dia sampai seremban kan..karang sape yang nak basuhkan berak dia..haahhahaahaha



Arif ni aku rasa sangat pandai..mudah2han sampai besar jadi budak pandai ye arif..dan dia ni jugak sangat kelakar..kalo balik kampung xgering gusi dengar mak aku citer pasal dia nih..kadang2 gaya bercakap da macam orang2 tua..yelaaa..duk berkawan dengan mak aku..mcmner xjadi orang tua..hu2 dahla gigi xde kat depan..:-p gigi dia kena cabut suma kat depan pasal dia jatuh tangga aritu..so gusi dia termasuk ke dalam..aku pun xleh nak imagine mcmner..tp doktor terpaksa cabut suma gigi2 dia yang kat bahagian depan..kena tunggu umur dia 6 tahun kot baru gigi dia tumbuh balik..terus gigi kekal la pasni..

Okeh..anak buah aku yang kedua anak abang long aku..aku panggil dia Hazim..tapi aku lupa nama penuh dia..boleh x..?hahaha..yelaaa..depa ni jarang2 balik..2 pasal aku lupa..kih2..dia nih kalo balik xleh nak berenggang dengan mak dia..dengan ayah dia pun dia xnak sangat..xfaham aku..huhu..baru2 ni diaorang balik..kecohla rumah aku tuhh..kejap2 dengar suara budak nangis..aku kalo bab2 nangis ni lari dulu dahhh..xpandai nak pujuk..kih2

Anak buah yang ketiga plak Nur Husna Hannah..ataupun Hannah Montana..hahahaha
Yang ni barula perempuan..excited kau first time dapat anak buah perempuan..yelaaa..baju baby girl kan camtik2..duit jela nak kena sediakan..huhu..yang ni plak aku panggil Husna..kadang2 aku panggil dia una..xpun yuna..hehehehe


Husna ni adik arif..mak aku suka panggil dia husna budak gelap..sabau ajela mak aku nih..mmglaa..masa kecik2 baru lahir gelap ckit..tp masa aku balik baru ni da cerah da..da bertambah comel..best sangat melayan budak ni..xbanyak kerenah pun..pantang nampak dia bangun aku terus dukung..suka tengok bila dia senyum..terus rasa nak ada anak..hahaha berangan xhabis2..





08 July 2010

be positive..always

seorang teman pernah menasihati saya..

~ Allah tidak akan memberikan apa yang kita mahu

tetapi
DIA akan memberikan apa yang kita perlukan~

ternyata pepatah itu benar..
tidak semua yang kita inginkan akan tercapai..
kadang2 kita tidak menyedarinya..
kita sentiasa mengejar sesuatu yang kita tak tercapai..

ternyata ALLAH lebih mengetahui..
apa yang terbaik untuk kita..
oleh itu..tabahlah..
jangan putus asa..


Bukit Gambang Water Park

Cuti sekolah aritu aku berpeluang ke gambang water park...setelah mendengar2 cerita dari adik2 ku yang tercinta yang tempat tu memang best..so aku pun teruja laa nak pergi main air..so aku pun pergilaa dengan 3orang adik perempuanku+anak sedaraku+mak sedara+sepupu aku..semuanya 8 orang..seronok kalo pergi ada budak2..budak2 ni lebih excited kalo jumpa air ni..macam anak sedara aku laa..pantang jumpaa air..main sampai tak ingat dunia..walaupun daa biru kesejukan xnak lagi naik..nak main jugak..xingat penat..xingat lapar..aduhaiii laa..mak sedaranya pulak yang kepenatan+kelaparan..hehehe

Okeh..senang aje nak gi gambang water park ni..kalo korang daripada LPT..exit gambang..lepas jumpa traffic light masuk kanan..dalam 8km mcm tu jumpala tempat ni..bayaran masuk dia plak xdela mahal sangat..untuk dewasa RM19.90 n kanak2 pulak rm12.90..kanak2 kalau bawah 90cm ke 110cm xingt da xperlu bayar..pastu kalo nak topup plak untuk beli makanan ke..sewa tube ke..pape jela ikut sukala nak topup braper..kalo xnak topup kat kaunter kat luar tu kat dalam pun ada jgak kaunter disediakan...

Haritu puas jugaklaa aku main air..mula2 layan anak sedara aku main kat pantai buatan tuhh..jenuh aku mengejkar dia..ummi dia ni takut dia lemas ke apa..tp dia selamber ajer main air tu..xtakut lansung dalam ke..ombak kuat ker..sabau ajelaa..tp best jugaklaa maik kat pantai ni..lagi2 bila time ombak kuar..wahhhh..terbuai2 aku duk atas tube tuhh..sampai terbaliklaa...sib baik xlemas..walaupaun aku main kat air cetek jerr..takut maaa..hu2

pastu ada tempat untuk kanak2..aku pun main skali kat situ..yelaaa..kata bawa anak sedara..syok hbislaa..anak sedara aku ni memang xtakut lnsung walaupun baru 3tahun..sampaikan permainan orang dewasa pun dia slamber je naik..ummi dia pun xbrani naik..naik sekali je pastu pening+nak muntah..hahahha..balik2 rumah terus demam..gilos betul penangan gambang waterpark nih..sampai demam2..

so kepada sape2 yang rasa nak datang dialu2kan..cehhh..jadi promoter la plakkk..tp bagi aku bestlaa..tp tempat dia xdela besar sangat macan sunway lagoon tuhh but still ok..



u






05 July 2010

Family Day at Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka

Dah lama xmenulis kat blog ni..dah ramai yang bertanya..bila nak update blog..( perasan ramai yg baca..hu2..)..bukan pe, sekarang mood lansung xde nak menulis..kepala berserabut sangat..macam2 nak fikir..nasib baik hujung minggu lepas ( 3 & 4 Julai ) sekolah kita orang buat family day..

Tahun lepas wat kat Genting..tahun ni gi Melaka plak..tahun depan kita gi jauh la plak..sabah ke sarawak ke..baru best..hu2..Da nama family day..hari untuk keluarga..memandangkan aku ni masih lagi bujang trang trang trang so xdela nak bawak suami ke..anak ker..bawak kawan jela..kebetulan mak aku pun xde..gi anto adik aku masuk UTM..xdapekla nak bawak dia orang suma..

Pagi tu kami semua berkumpul kat sekolah..pastu wat sesi memasukkan hamper yang banyak ke dalam kereta..kereta aku pun penuh dengan hadiah..dalam bonet n seat belakang penuh..berat rasa kereta bila bawak..nasibla xde suami..xde anak..so kenala bawak hadiah..bertolak dalam pukul 8 lebih..sampai2 kat puteri resort dalam kul 9 lbih..

Sampai2 terus gi padang..gantung banner pastu wat sesi bergambar..mcm2 kerenah..walaupun xramai family yang join, suasana tetap meriah dengan gelagat anak2 kcik dan mak2 budak..ayah2 budak pun sama jgak..

Lepas habis sesi bergambar..acara sukaneka la plak..macam2 acara yang dipertandingkan..untuk kanak2..dewasa..suami isteri..masa ni la mcm2 aksi dpt dilihat..bila anak2 main mak n ayah yg lebih bersemangat..kelakar betul..

Aku masuk kategori dewasa laa..bowling kelapa n petanque..dua2 pun xmenang..mmg selalu xde nasib jerr..hu2 tahun depan cuba lagi..mana tahu leh menang kan..

Da habis sukaneka..petangnyer acara bebas..so ada yang gi jalan2 kat melaka..ada yangi mandi kolam..satu yang best kat puteri resort ni kolam dia adalah yang terbesar kat melaka kot..malam tu ada dinner n penyampaian hadiah..habis tu ada yang tengok bola jerman vs argentina kat sktin besar kat lobi..aku mula2 nak hgak duk situ tp memandangkan orang lelaki makin rmai balik nilik layan kat dalam bilik jela...jerman menangggg..yeaaaaaaa...

Esoknyer bangun pagi..gi sarapan..pastu terjun kolam...hahahha..best2..yelaa semalam xtrun..so pagi ni mandi puas2..walaupun xpandai berenang..duduk jela dalam air tu sampai kecut..:-p
Da habis mandi balik bilik kemas2..pastu check out..fikir2 nak gi mandi..dahla xchat sangat..so tempay yang paling dekat dgn puteri resort ni Zoo Melaka..hehhehe macam budak2 tadika plak gi zoo..layan jelaa...da hbis pusing2 dalam zoo hari nak hujan..lari2 ke kereta..da dekat nak sampai tiba2 berlakula kejadian yang tidak diingini..selipar ku putus...hahahahaha nasib baik da dekat dgn kereta..aduhaiii..beli selipar baru laa jawabnyer...










03 June 2010

Terkunci..

Pernahkah anda terkunci di dalam bilik atau mana2 tempat dan tidak ada sesiapa pun di sekeliling anda yang boleh membantu..???

Wahhh..skema giler ayat aku..hu2

Tapi itulah yang terjadi kat aku tadi..masuk bilik bersiap nak keluar makan. Pastu tutupla pintu macam biasa. Bila da siap, nak keluar buka2 pintu tak boleh..alamak..kenapa plak ni kan..aku cubala tarik2 pintu tuh..xboleh jugak..uishhh..nape plak nih..xlogik plak terkunci sebab aku dalam bilik bukan kat luar..

Tarik2 xboleh..tarik lg dan lagi..xboleh2 jgak..dah berpeluh ni..fikir2 apa nak buat kan..
dahla pintu rumah aku selak dari dalam..kalau telefon housemate suruh balik pun confirm dia xleh masuk rumah jgak sebab berkunci dari dalam..pastu pulak kunci rumah saya ada kat luar bilik..aduhaii..da pening kepala..

Mesti kunci dah bermasalah..yelahh..xlogikla terkunci sebab aku dalam bilik..lainla luar bilik..
Pastu aku dpt idea..telefon k.fara..rumash dia satu aras je dengan aku..so telefon dia. nasib baik dia ada kat rumah. tanya dia ada tukul tak. aku nak ketuk tombol pintu 2..pastu dia datang n bagi tukul 2 kot tingkap..nasib baikla bilik aku tepi tingkap..kalo tepi sebelah sana tak ke naya..

Pastu aku ketuklaa tombol pintu tu sampai tercabutla..sampai berlubang..leh nampak sebelah sana..still lagi xleh bukak..samapi jiran aku datangla..agaknya bunyi bising..k.fara pun ada lagi kat tingkap tu..mesti jiran tu pun pelik ajer..

Selepas aku mencuba berkali2..tarik benda alah tuh..sampai sakit2 tangan aku..akhirnya terbukala pintu tuhh..hancur jugaklaa..tercabut satu2 la tombol pintu tuh..hu2

Tensen gue..:-p dahla perut lapar..hu2

Berakhirlah episod tombol pintu..rasanya da dua kali berlaku kejadian nih..hu2



31 May 2010

~ Hari Guru SKTPJ 2010 ~

Walaupun sambutan Hari Guru di SKTPJ sudah lama berlalu, namun aku nak juga bercerita mengenai pengalaman ke-3 aku menyambut Hari Guru di sini. Oleh kerana tahun ini hari guru jatuh pada hari ahad, so sekolah aku menyambutnya pada hari rabu..19 Mei 2010. Seperti tahun-tahun lepas, banyak aktiviti yang dirancang untuk semua guru.

Acara bermula dengan aktiviti sukaneka untuk guru2. Hari ini jela pun cikgu2 leh main dan anak2 murid semua tengok cikgu2 main. Memang sangat seronok. Kami dibahagikan kepada lapan kumpulan. Setiap kumpulan mesti habiskan kelima2 game yang disediakan. Pemenang akan dikira dengan markah yang tertinggi..





Disebabkan semua cikgunya menjadi peserta, terpaksala anak murid jadi hakim..he2 Acara pertama yang aku main ialah Bowling kelapa..memang sangat hampeh. Sebab setiap kali aku baling xpernah kena pun..hu2 nampak macam senang tapi susah sebenarnya..xpela, pengalaman..

Aktiviti kedua sepak bola masuk gol..yang ni pun nampak macam senang tapi malangnya walaupun berkali2 aku sepa, tak masuk2 jugak..xpela,layankan ajer..janji hepi..Acara ketiga masukkan bola jaring pulak..yang lehla masuk..wakil sekolah dulu kan bola jaring..hu2..Acara keempat timang bola pakai kayu hoki..yang ni pun aku rasa hampeh jgak..semua pun macam xbedung tangan..kih2..

Dan acara terakhir ialah acara mumia..setiap kumpulan mesti memilih seorang untuk menjadi mumia dan dibungkus menggunakan tisu dan dalam kunpulan aku, aku laa yang menjadi mangsa sebab paling kecik dan kurus. Senang nak bungkus..aku pun layan jela..Ingatkan senang ke nak jadi mumia nih.dahla panas kena bungkus dengan tisu tuh,geli lagi orang duk pegang2 badab kita kan..rasa nak tolak2 je tangan2 tuhh..tapi nanti habisla tercabut tisu2 tuhh..so tahan jelaa..hu2





Dan berbaloi jgak aku jadi mumia tuhh..kumpulan aku dapat no 3 keseluruhan..hu2

Lepas habis aktiviti sukaneka..kami semua tukar baju untuk sambutan rasmi kat dewan plak. Dahla panas2 main sukaneka tadi kena pakai baju kurung plak. Masa ni la cikgu2 ni nak bergaya. Pakai cantik2..Sebelum masuk ke dewan kami diarak dari pintu pagar sampaila ke dewan dengan paluan kompang..macam pengantin baru plak..he2 Kat dewan biasala..ucapan2 daripada GB, GPK2..Dan acara wajib setiap tahun bila sambut hari guru ialan nyanyian lagu Guru Malaysia..Bersemangat giler cikgu2 ni menyanyi..anak2 murid aku pun syok ajer tengok cikgu2 dia duk atas pentas dengan macam2 aksi dan gelagat..







Pastu ada persembahan daripada anak2 muridku..Layan jelaa..Tahun lepas cikgu2nyer yang duk menyanyi tapi tahun ni bagi anak2 murid plak yang hiburkan cikgu2nyaa..Macam2 yang ada. Persembahan boria dari prasekolah, tarian dari anak2 PPKI, persembahan nyanyian dan yang paling menyentuh perasaan ialah nyanyian dari pelajar lelaki tahun 6. Yang buat persembahan tu boleh dikatakan otai2 SKTPJ laa.. Aku penah ajar dia orang masa 2008, masa tu dia orang baru darjah 4. Memang sangat memeningkan kepala masa ajar dia orang ni..Apa yang dia orang persembahkan..???

Depa wat persembahan nyanyian..apa yang menyentuh perasaan bila solonya menangis mengalirkan air mata..dan solo dia tuh namanya Omar Basir..Budak ni penah wat aku menangis dengan perangai dia 2 tahun lepas..hu2 lawak plak bila ingat2 balik..biasala masa tuh baru awal2 mengajar, tak berpengalaman lagi nak kawal budak2.. Omar ni menyanyi lagu apa aku da lupa. Tapi lagu tu macam menceritkan kisah hidup dia..sedih pun ada bila tengok dia menyanyi sambil menangis..cikgu harap kamu jadi budak yang baik selepas ini..



Pastu acara penyampaian hadiah..Akula yang paling busy time nih sebab aku jadi ajk hadiah..So tugas aku duk atas pentas ajela..Penat tangan aku nak pegang hadiah2 tu..Banyak jugakla hadiah yang aku dapat daripada anak2 murid aku..Terima kasih sangat2 kepada anak2 muridku yang bagi hadiah..Cikgu sangat2 menghargainyaa..Love u all.. :-)